Menu Bola

Bila tarikh hari Ibu dan Bapa tahun 2019 sambutan di Malaysia

10:37 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 October 2018 jam 09:30 AM oleh GC.editor

Fitrah ibu mahupun bapa dengan naluri keibubapaan mereka yang berperanan menjaga mengasuh dan melindungi, tentunya dapat dijadikan satu cerminan kasih sayang yang tiada penghujung buat anak-anak.

Nilai kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh serta pergorbanan ibu dan bapa dalam mendidik, membesarkan anak-anak mereka untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara seharusnya dihargai.

Oleh itu, Hari Ibu dan Bapa diraikan untuk mengingatkan masyarakat terhadap nilai asas yang begitu dekat dengan kehidupan dan diri, di samping menghargai ibu dan bapa, melalui peranan mereka mencorakkan masa depan generasi pewaris.

TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA TAHUN 2019 BAGI MALAYSIA

Sambutan Hari Ibu dan Bapa bukanlah suatu perayaan tetapi suatu detik singkat untuk mengajak kita kembali mengingatkan suatu yang barangkali antara kita terlupa, agar kasih sayang itu dihargai, diperlihatkan sebagaimana ibu mahupun memperlihatkannya kepada anak-anak.

GC Icon
Tarikh Hari Mak Dan Ayah
TARIKH SAMBUTAN HARI IBU DAN BAPA DI MALAYSIA TAHUN 2019

IbuHARI IBU

12 MEI 2019

AyahHARI BAPA

16 JUN 2019