Tarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan e-Filing 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Cukai merupakan satu bentuk bayaran yang dikenakan ke atas individu atau syarikat kepada kerajaan. Ia telah diamalkan di mana-mana negara sebagai salah satu sumber untuk menguruskan negara. Kerajaan yang dipilih akan menentukan jeinis cukai yang akan dikenakan ke atas rakyat mengikut kesesuaian negara tersebut. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan lain-lain mengenakan cukai ke atas rakyat dan dapatan daripada hasil cukai akan dipulangkan kepada rakyat dengan membina dan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengutip dan menguruskan cukai yang telah dikutip (income tax). Pada tahun lepas, LHDNM melalui laman sesawang rasminya menyeru semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk taksiran 2018 melalui e-filling untuk borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF bermula dari 1 Mac 2019. Bagi tahun 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Untuk penghantaran borang secara manual pula tarikh akhir adalah sebelum 30 April 2019 untuk pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan (Individu) manakala untuk pembayar cukai yang menjalankan perniagaan (Syarikat) pula tarikh akhir adalah sebelum 30 Jun 2019. Ini bermakna, tambahan masa diberikan untuk pembayar cukai yang menggunakan e-Filing dan penghantaran melalui pos tetapi tidak untuk serahan borang nyata secara serahan tangan.

Untuk memudahkan pembayar cukai menjalankan tanggungjawab, LHDNM menyediakan aplikasi Mobile Filing (m-filing) yang boleh digunakan melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar. Lebih menarik lagi, aplikasi ini adalah percuma. Untuk menggunakannya anda hanya perlu muat turun aplikasi tersebut. Kemudian sila dapatkan nombor pin e-filing di mana-mana kaunter khidmat pelanggan LHDNM. Usaha ini diharapkan dapat mendorong pembayar cukai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kerana cukai sangat penting demi memajukan negara kita.

alert warning
LHDNM mengumumkan pemberian masa tambahan bagi pengemukaan borang nyata secara manual dan juga e-Filing
Tarikh akhir asal iaitu secara manual pada 30 April 2020 dan e-Filing pada 15 Mei 2020 telah dilanjutkan kedua-duanya kepada 30 Jun 2020

TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG CUKAI PENDAPATAN SECARA MANUAL DAN E-FILING 2020 UNTUK TAKSIRAN TAHUN 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh akhir penghantaran borang cukai e-filing yang diperlukan ke atas individu atau syarikat untuk taksiran 2019. Turut dikongsikan adalah beberapa nota penting berkaitan penghantaran borang cukai pendapatan LHDN termasuk tambahan masa yang diberikan untuk setiap kategori borang:

GC Icon
Tarikh akhir penghantaran borang cukai e Filing 2018
CARA LOG MASUK APLIKASI E-FILING LHDNM
Sila layari pautan di bawah untuk log masuk aplikasi percuma e-filing LHDNM:

LOG MASUK APLIKASI E-FILING LHDNM

No 1 Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang hantar
No 2Pastikan frasa keselamatan anda adalah betul. Jika betul masukkan kata laluan yang didaftarkan dan tekan butang teruskan
No 3Aplikasi boleh dicapai melalui laman sesawang ezHasil atau portal rasmi LHDNM
JADUAL PENGEMUKAAN BORANG NYATA 2020
Berikut merupakan tarikh akhir untuk penghantaran borang nyata 2020:
Jenis BorangKategoriTarikh Akhir Pengemukaan (Tambahan Masa)
E 2019Majikan 31 Mac 2020 (2 Bulan)
BE 2019Individu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan30 April 2020 (2 Bulan)
B 2019Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan30 Jun 2020 (2 Bulan)
P 2019Perkongsian30 Jun 2020 (2 Bulan)
BT 2019Individu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran)bullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan)
MT 2019Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)bullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan)
M 2019Individu Bukan Pemastautinbullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan)
TF 2019Pertubuhanbullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan)
TP 2019Harta Pusakabullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan)
TJ 2019Keluarga Sekutu Hindubullet pointTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2020 (2 Bulan)
bullet point30 Jun 2020 (Menjalankan perniagaan) (2 Bulan) *Tiada e-Filing
C 2020Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing)7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
C1 2020Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
PT 2020Perkongsian libiliti terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TC 2020Unit amanah/amanah harta tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TA 2020Badan amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TR 2020Amanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
TN 2020Amanah perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tidaa eFiling
ALAMAT PENGHANTARAN BORANG NYATA C1/PT/TA/TC/TR/TN
Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 221
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
ALAMAT PENGHANTARAN BORANG NYATA E * / BE / B / BT / M / MT / P / TP / TF / TJ
Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 222
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia
NOTA PENTING
TickTarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan boleh berubah tertakluk kepada perubahan oleh LHDNM
TickBNCP yang telah dihantar selepas tarikh yang ditetapkan akan dikira diterima sekiranya borang diterima 15 hari selepas tarikh akhir menghantar borang. Jika lewat daripada tempoh itu akan dikenakan penalti
TickTambahan masa penghantaran borang cukai juga boleh diguna pakai untuk bayaran baki cukai
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran borang cukai pendapatan sila rujuk di bawah:
TickPusat Panggilan di talian 1-800-88-5436
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi LHDNM (Program Memfail Borang Nyata Tahun 2020)
Klik LinkLaman Facebook Rasmi LHDNM
Close