Menu Bola

Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha rumi

01:00 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 25 October 2018 jam 11:56 PM oleh GC.editor

Hari Raya Aidilfitri adalah hari kegembiraan dan hari kemenangan bagi meraikan kejayaan umat islam berpuasa pada bulan Ramadhan yang lalu. Hari raya Aidiladha pula adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Justeru kita harus menyambutnya dengan kegembiraan beserta dengan sambutan yang sederhana.

Bagi melafazkan kesyukuran kita kepadaNya, disunatkan kita untuk menunaikan solat sunat hari raya. Sebelum memulakan solat umat islam akan bertakbir mengagungkan Allah serta sebagai tanda kesyukuran atas nikmat yang dikurniakan. Adalah amat digalakkan untuk bertakbir ketika menuju ke tempat solat seperti yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad.

Wanita juga digalakkan untuk keluar bertakbir bagi bersama sama menzahirkan rasa kesyukuran di pagi raya. Disunatkan juga untuk kita menguatkan suara ketika bertakbir. Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang boleh dilakukan di pagi raya. Semua ini amat digalakkan untuk kita umat islam lakukan.

LAFAZ TAKBIR RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA

Takbir terbahagi kepada dua iaitu takbir Mursal. Ia sunat dilafazkan oleh orang yang bermukim mahupun sedang bermusafir di mana sahaja tidak kira secara berjalan atau duduk. Ia dilakukan bermula maghrib 1 Syawal hingga selesai solat sunat hari raya.

Manakala takbir Muqaiyad ialah takbir yang terikat dengan waktu solat. Ia dilakukan setelah selesai solat fardhu. Jelas, takbir Muqaiyad adalah pada hari raya aidiladha. Berikut dikongsikan lafaz takbir raya Aidilfitri serta beberapa info penting bagi memudahkan semua:

GC Icon
Lafaz Takbir Hari Raya Aidilfitri
 LAFAZ TAKBIR HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA
lafaz takbir raya aidilfitri
Takbir raya dalam rumi:
Allahuakbar Allahuakbar AllahuakbarLa ilaha illa Allahu wa Allahu akbar,
Allahu akbar walillahi ilham x 3
Allahuakbar kabira walhamdulillahi kathira,
Wa subhanallahi bukrata wa asila
La ilaha illa Allahu wa na’budu illa iayyahu, muhlisina
lahuddin , walau karihal kafirun
La ilaha illa Allah hu wahdahu , sodaqo wa’dahu, wa nasoro
ab’ dahu
Wa a a’zza jundahu wahazamal akhzaba wahdahu
La ilaha illa Allahu Allahu akbar, Allahu akbar walillahi
ilhamdu
Terjemahan takbir raya:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah
Maha Besar,
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.
Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang
Teramat Banyak,
Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang,
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah
melainkan Dia,
Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun
dibenci oleh orang-orang kafir,
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, Yang Menepati
janjiNya, Yang Menolong hambaNya,
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera alAhzab
dengan sendiri (KekuasaanNya),
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah
Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.
 WAKTU TAKBIR RAYA
No 1Tempoh bertakbir untuk hari raya Aidilfitri adalah bermula maghrib 1 Syawal hingga selesai solat hari raya Aidilfitri
No 2Takbir Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir
 KEPENTINGAN TAKBIR RAYA
No 1Sebagai tanda rasa syukur kepada Allah
No 2Takbir merupakan terapi untuk menyejukkan jiwa membuatkan hati tenang
No 3Tanda kemenangan umat Islam melawan nafsu setelah sebulan berpuasa
No 4Takbir dan tahmid mampu mengukuhkan ukhwah sesama muslim
No 5Menunjukkan penyatuan umat islam dan kekuatan melalui roh bertakbir