Syarat Kemasukan IPG Institut Pendidikan Guru Terkini

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Bagi mana-mana pelajar lepasan tingkatan 5 yang semestinya telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mempunyai minat untuk menjadi warga pendidik sekolah rendah. Sewajarnya anda kini boleh memohon untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) melalui program di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), yang dikenali sebagai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

PISMP adalah merupakan program yang secara khususnya adalah untuk melatih bakal para guru. Para pelajar tersebut akan di tempatkan pada mana-mana IPG di Malaysia yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah. Untuk sekolah Menengah pula, mereka perlu memohon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam (UA) melalui permohonan UPUonline yang dibuka secara online setiap tahun sekitar bulan Februari.

Seperti yang sedia maklum, PISMP dan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) adalah merupakan program yang sama. Permohonan PISMP adalah khusus untuk pelajar lepasan SPM yang pada kelazimannya akan dibuka pada sekitar bulan Mac setiap tahun. Seperti permohonan tahun ini, ianya akan dibuka pada tarikh 19 Mac 2019.

SYARAT KELAYAKAN ASAS (UMUM & AKADEMIK) DAN SYARAT KHUSUS PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Syarat Kemasukan IPG yang dikongsikan hanyalah sebagai rujukan kepada pemohon yang berminat untuk memasuki IPG. Syarat-syarat kelayakan asas meliputi syarat umum serta akademik dan syarat khusus adalah seperti berikut :-

GC-Icon
IPG-Terkini
SYARAT UMUM DAN AKADEMIK KEMASUKAN KE IPG
Kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran anda ke IPG, perlu diingatkan bahawa pernyataan di bawah ini adalah merupakan syarat-syarat umum dan kelayakan asas akademik (Syarat Kemasukan IPG termasuk syarat bidang pengkhususan) seperti yang telah dinyatakan dalam iklan permohonan PISMP sebelum ini:
No-1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
No-2 Pemohon  mestilah berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2019, iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1999. Diingatkan bahawa, sekiranya anda lahir sebelum 30 Jun 1999, anda tidak layak untuk memohon.
No-3 Pemohon mempunyai fizikal tubuh badan yang sihat.
No-4 Pemohon seharusnya aktif dalam kegiatan kokurikulum (seimbang dengan kurikulum).
No-5 Pemohon telah lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi gred cemerlang (Gred Cemerlang merangkumi gred A+, A, dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
No-6 Pemohon memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran berikut (Bahasa Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris).
SYARAT BIDANG PENGKHUSUSAN
No-8 Pemohon hendaklah memenuhi syarat bidang pengkhususan. Bidang pengkhususan tersebut adalah seperti berikut:
BAHASA CINA (SJKC) BAHASA CINA : A-
BAHASA IBAN (SK) BAHASA IBAN : C
BAHASA KADAZAN DUSUN (SK) BAHASA KADAZANDUSUN : C
BAHASA MELAYU (SJKC) BAHASA MELAYU : A-
BAHASA CINA : C
BAHASA MELAYU (SJKT) BAHASA MELAYU : A-
BAHASA TAMIL : C
BAHASA MELAYU (SK) BAHASA MELAYU : A-
BAHASA TAMIL (SJKT) BAHASA TAMIL : A-
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKT) BAHASA TAMIL : C
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SJKC) BAHASA CINA : C
BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK) BAHASA MELAYU : A-
MATEMATIK (SJKT) MATEMATIK : A-
MATEMATIK TAMBAHAN : A-
BAHASA INGGERIS : C
BAHASA TAMIL : C
MATEMATIK (SJKC) MATEMATIK : A-
MATEMATIK TAMBAHAN : A-
BAHASA INGGERIS : C
BAHASA CINA : C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKT) BAHASA TAMIL : C
BAHASA INGGERIS : C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SJKC) BAHASA CINA : C
BAHASA INGGERIS : C
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SK) BAHASA MELAYU : A-
BAHASA INGGERIS : C
PENDIDIKAN ISLAM (SK/SJKC/SJKT) BAHASA ARAB : B
PENDIDIKAN AL-QURAN & AS-SUNNAH : A-
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAM : A-
PENDIDIKAN JASMANI (SJKT) BAHASA TAMIL : C
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BIOLOGI : A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN : A-
SAINS : A-
SAINS TAMBAHAN : A-
PENDIDIKAN JASMANI (SJKC) BAHASA CINA : C
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BIOLOGI : A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN : A-
SAINS : A-
SAINS TAMBAHAN : A-
PENDIDIKAN JASMANI (SK) BAHASA MELAYU : A-
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
SAINS TAMBAHAN : A-
SAINS : A-
PENGETAHUAN SAINS SUKAN : A-
BIOLOGI : A-
PENDIDIKAN KHAS (SK) MATEMATIK : A-
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
BIOLOGI : A-
FIZIK : A-
KIMIA : A-
SAINS : A-
SAINS TAMBAHAN : A-
PENDIDIKAN MUZIK (SJKT) BAHASA TAMIL : C
PENDIDIKAN MUZIK (SJKC) BAHASA CINA : C
PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKC) BAHASA CINA : C
PENDIDIKAN SEBI VISUAL : A-
PENDIDIKAN SENI VISUAL (SJKT) BAHASA TAMIL : C
PENDIDIKAN SEBI VISUAL : A-
PENDIDIKAN SENI VISUAL (SK) PENDIDIKAN SEBI VISUAL : A-
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKC) BAHASA INGGERIS : A
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SJKT) BAHASA INGGERIS : A
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL) (SK) BAHASA INGGERIS : A
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKT) BAHASA TAMIL : C
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI : A-
EKONOMI ASAS : A-
EKONOMI RUMAH TANGGA : A-
KATERING & PENYAJIAN : A-
LANDSKAP & NURSERI : A-
LUKISAN KEJURUTERAAN : A-
PENDAWAIAN DOMESTIK : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL : A-
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN : A-
PERDAGANGAN : A-
PRINSIP PERAKAUNAN : A-
REKA CIPTA : A-
REKAAN & JAHITAN PAKAIAN : A-
SAINS PERTANIAN : A-
TANAMAN MAKANAN : A-
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN : A-
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SJKC) BAHASA CINA : C
Mana-mana (1) matapelajaran berikut:
AKUAKULTUR DAN HAIWAN REKREASI : A-
EKONOMI ASAS : A-
EKONOMI RUMAH TANGGA : A-
KATERING & PENYAJIAN : A-
LANDSKAP & NURSERI : A-
LUKISAN KEJURUTERAAN : A-
PENDAWAIAN DOMESTIK : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK : A-
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL : A-
PENGAJIAN KEUSAHAWANAN : A-
PERDAGANGAN : A-
PRINSIP PERAKAUNAN : A-
REKA CIPTA : A-
REKAAN & JAHITAN PAKAIAN : A-
SAINS PERTANIAN : A-
TANAMAN MAKANAN : A-
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN : A-
SAINS (SJKT) BAHASA TAMIL : C
BAHASA INGGERIS : C
Mana-mana (2) matapelajaran berikut:
BIOLOGI : A-
FIZIK : A-
KIMIA : A-‘
SAINS TAMBAHAN : A-
SAINS (SJKC) BAHASA CINA : C
BAHASA INGGERIS : C
Mana-mana (2) matapelajaran berikut:
BIOLOGI : A-
FIZIK : A-
KIMIA : A-
SAINS TAMBAHAN : A-
SEJARAH (SJKC) SEJARAH : A-
BAHASA CINA : C
SEJARAH (SJKT) SEJARAH : A-
BAHASA TAMIL : C
SEJARAH (SK) SEJARAH : A-
Info Nota :
1. * Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM akan menawarkan bidang tersebut atas berdasarkan unjuran keperluan guru
2. ** Calon HENDAKLAH MENDUDUKI & LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan iaitu bidang Bahass Inggeris, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab

3. *** Calon yang mengikuti bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) perlu mencapai tahap penguasaan minimum C1 berdasarkan Common European Framework for Languages (CEFR) atau sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET)/ Ujian Kefasihan (APTIS, CEPT, CPE, IELTS, TOEFL) dan yang setaraf dengannya bagi memenuhi syarat perlantikan perjawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41
Klik-Link Para pemohon juga boleh menyemak dengan lebih terperinci syarat bidang pengkhususan di Laman PISMP
MAKLUMAT LANJUT
Kepada mereka yang ingin membuat pertanyaan berkaitan dengan permohonan IPG selanjutnya, anda boleh menghubungi alamat serta talian seperti berikut:
Tick Alamat : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: u.p: Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
Tick Tel. : 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
Tick emel : uppp.ipgm@gmail.com atau uppp@ipgm.edu.my
Close