Menu Bola

Syarat Kemasukan Kolej Vokasional (KV) Dan SMT Terkini

23:51 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 22 May 2019 jam 11:46 PM oleh GC.editor

Kolej vokasional (KV) atau sekolah vokasional merupakan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menawarkan pendidikan yang berasaskan kemahiran kepada pelajar mereka. Baru-baru ini, kerajaan telah menaik taraf kolej vokasional ini di seluruh Malaysia. Ini kerana kerajaan kini sedar akan keperluan pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi agar terbiasa dengan keperluan industri pada masa kini. Oleh itu, bagi pelajar tingkatan 3 dan lepasan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan kemasukan ke Kolej vokasional.

Kolej vokasional dan sekolah menengah teknik kini telah banyak pembaharuan. Selain daripada ia telah diangkat tinggi oleh kerajaan, ia juga telah diberi peruntukan yang mencukupi untuk kerja-kerja tambah baik sekolah ini. Kemudahan dan keselesaan pelajar telah diberi keutamaan bagi memastikan pelajar selesa dengan keadaan sekolah. Ini secara tidak langsung akan melahirkan pelajar cemerlang setanding dengan sekolah-sekolah di bawah KPM yang lain.

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar kolej vokasional dan SMT anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu. Terdapat beberapa syarat minima yang perlu pelajar patuhi sebelum membuat permohonan. Sekiranya anda layak dan berminat, anda amat digalakkan untuk membuat permohonan demi menjamin masa depan anda.

SYARAT UMUM DAN KHUSUS KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL (KV) & SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT)

Bagi pelajar yang berminat untuk menjadi pelajar kolej vokasional dan SMT anda boleh membuat semakan syarat kemasukan berpandukan info yang akan kami kongsikan seperti di bawah. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

GC Icon
syarat kemasukan KV dan SMT
No 1 PEBEZAAN MURID TINGKATAN 3 LEPASAN PAV & PBS
A. Murid Lepasan PAV : 
TickMurid telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) hingga Tingkatan Tiga (3) di SMK yang menawarkan PAV (Pendidikan Asas Vokasional)
B. Murid Lepasan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama :
Murid yang menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu:
TickPPsi : Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
TickPAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
TickPT3 : Pentaksiran Pusat
TickPS : Pentaksiran Sekolah
No 2 SYARAT UMUM DAN SYARAT KHUSUS PROGRAM APPRENTICESHIP/ KEMAHIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL (KV)
A. Bagi murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Pendidikan Asas Vokasional (PAV) :-
TickWarganegara Malaysia
TickCalon mestilah murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018
TickCalon sihat tubuh badan
TickCalon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
TickCalon bebas daripada sakit mental
TickCalon berminat dengan program dipohon
TickCalon menguasao 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
TickCalon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
TickUntuk calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera
TickCalon PAV yang ingin memohon ke WISDEC/ GIATMARA boleh memohon sepanjang tempoh rayuan bergantung kepada kekosongan tempat
Klik Link Syarat Permohonan Murid Lepasan PAV
B. Bagi murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik (PBS) :-
TickWarganegara Malaysia
TickCalon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
TickCalon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
TickCalon sihat tubuh badan
TickCalon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
TickCalon bebas daripada sakit mental
TickCalon berminat dengan program dipohon
TickCalon menguasao 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)
TickCalon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
TickBagi calon yang memohon ke GIATMARA, calon mestilah berstatus Bumiputera
No 3 SYARAT UMUM DAN KHUSUS PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (KV) 2019
Bagi Murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik
A. Syarat Umum
TickWarganegara Malaysia
TickCalon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
TickCalon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
TickCalon sihat tubuh badan
TickCalon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
TickCalon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA
TickCalon bebas daripada masalah mental
TickPelajar berminat dengan program dipohon
B. Syarat Khusus
TickCalon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3); dan
TickCalon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, dan Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS)
Klik Link Syarat Permohonan Murid Lepasan PBS
No 4 SYARAT UMUM DAN KHUSUS KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK (SMT) – ALIRAN TEKNIKAL 2019
Bagi Murid Tingkatan 3 yang mengikuti Aliran Perdana/ Akademik :-
A. Syarat Umum
TickWarganegara Malaysia
TickCalon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan /Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM
TickCalon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)
TickCalon sihat tubuh badan
TickCalon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
TickCalon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA
TickCalon bebas daripada masalah mental; dan
TickCalon berninat dengan program dipohon
B. Syarat Khusus
TickUntuk semua kursus yang ditawarkan seperti Kejuruteraan Mekanikal, Elektrik & Elektronik, Kejuruteraan Awam, Sains Pertanian dan Perdagangan pemohon hendaklah memperoleh sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kemahiran Hidup
TickMemperoleh sekurang-kurangnya D dan Band 4 bagi mata pelajaran Sains
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang info lain yang berkaitan dengan KV dan SMT boleh layari pautan di bawah:
Klik Linkhttp://bptv.moe.gov.my/