Syarat Kelayakan Mohon BSH 2019 (Bantuan Sara Hidup Rakyat)

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kerajaan Pakatan Harapan telah meluluskan peruntukan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat yang memerlukan. BSH yang dahulunya diberi nama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan dengan beberapa penambah baikkan. Melalui Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata BSH akan menfokuskan kepada golongan B40. Oleh itu, kesemua penerima BSH tahun lalu akan ditapis bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan B40.

Namun begitu, menerusi sidang media yang dibuat oleh Lim Guan Eng, pengagihan BSH untuk fasa 1 akan menggunakan data daripada BSH tahun lalu. Hal ini kerana untuk membuat tapisan penerima mengikut syarat kelayakan baharu ia akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, pada 28 Januari 2019 rakyat akan menerima BSH fasa 1. Bagi pengagihan fasa 2 dan fasa 3 pula kerajaan akan menggunakan sistem yang baharu dengan senarai penerima yang baharu.

Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan membelanjakan RM 5 bilion dan dianggarkan 4.1 juta isi rumah akan menerima manfaat daripada BSH ini. Wang akan didepositkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan oleh penerima BSH yang layak. Dengan adanya bantuan ini, kerajaan berharap dapat membantu sedikit sebanyak peningkatan kos sara hidup rakyat. Bertemakan Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dalam Belanjawan 2019 ini kerajaan yakin dapat membantu rakyat yang memerlukan.

SYARAT TERKINI KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT (BSH) 2019

Berikut dikongsikan syarat kelayakan membuat permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019. Turut dikongsikan adalah cara untuk membuat permohonan serta beberapa info penting BSH 2019:

GC-Icon
Syarat-Kelayakan-Permohonan-BSH-2019
SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN BSH 2019
Tick Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
Tick Lelaki atau wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
Tick Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
Tick Pasangan BUKAN WARGANEGARA Malaysia dan mempunyai anak Warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)
Tick Hubungan anak mestilah:-
bullet-point a) anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja dan
bullet-point b) Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) sahaja dan
bullet-point c) Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan dan
bullet-point d) 18 tahun dan ke bawah atau
bullet-point e) 19 tahun dan ke atas :
bullet-point belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta atau
bullet-point Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
SYARAT KELAYAKAN  PENDAPATAN MENGIKUT KATEGORI PENERIMA BSH 2019
Berikut merupakan syarat kelayakan berserta jumlah bantuan yang akan diperoleh:
SYARAT KELAYAKAN JUMLAH BANTUAN
Kategori 1 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 3,001-RM 4,000 RM-Besar  500
Kategori 2 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,001-RM 3,000 RM-Besar  750
Kategori 3 Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM 2,000 Dan Ke Bawah RM-Besar  1,000
Nota Tambahan bantuan untuk setiap kategori di atas untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad untuk 4 anak sahaja RM-Besar  120
TIDAK LAYAK BSH 2019
Tick Pendapatan isi rumah melebihi RM4,000
Tick Bekerja/ menetap di luar negara
Tick Bujang berumur 59 tahun dan ke bawah
Tick Pasangan bukan warganegara/ ibu atau bapa tunggal/ Balu/ Janda/ Duda yang tidak mempunyai anak
Tick Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa permohonan
Tick Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat & Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad
bullet-point Memiliki 2 atau lebih perniagaan Milikan Tunggal/ Perkongsian
bullet-point Memiliki Perkongsian Liabiliti Terhad
bullet-point Pemegang Saham/ Pengarah Syarikat
Tick Pemilikan kenderaan bagi tahun buatan/ daftar mulai tahun 2016 dan ke atas berdasarkan keupayaan enjin kenderaan seperti berikut :-
bullet-point Kenderaan keluaran dalam negara melebihi 2000cc
bullet-point Kenderaan keluaran luar negara yang melebihi 1400cc
bullet-point Motosikal yang melebihi 500cc
Tick Transaksi Pemilikan Hartanah melebihi RM500,000
TARIKH RASMI PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH 2019
BUKA TUTUP
1 Februari 2019 15 Mac 2019
PERMOHONAN DAN KEMAS KINI BSH 2019 ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan dan kemas kini BSH 2019:

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BSH ONLINE 2019

Nota Permohonan dan kemas kini boleh dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Tick Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Tick Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Tick E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Tick Portal Rasmi Bantuan Sara Hidup 2019 di pautan URL https://bsh.hasil.gov.my/
Close