Menu Bola

Perodua Aruz SUV harga dan spesifikasi terkini

03:20 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 3 January 2019 jam 05:17 PM oleh GC.editor

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua kebanggaan Malaysia. Semenjak penubuhan syarikat ini ia telah menghasilkan beberapa model kenderaan nasional yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan ada sebahagian diimport keluar negara. Perodua kini merupakan syarikat pengeluar kenderaan terbesar Malaysia. Baru-baru ini, pesaing mereka Proton telah mengeluarkan sebuah model SUV baharu iaitu Proton X70 yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri yang menarik.

Bagi tidak ketinggalan dalam saingan ini, Perodua juga akan memperkenal sebuah model keluaran terbaharu yang pasti memikat hati pengguna. Sebuah model SUV yang diberi nama Perodua Aruz akan mula dilancarkan pada 3 Januari 2019. Perodua Aruz boleh memuatkan tujuh tempat duduk didatangkan dengan dua model utama iaitu Aruz 1.5 X dan juga Aruz 1.5 AV yang lebih premium. Kedua-dua model kenderaan ini dipacu dengan enjin EEV Dual VVT-i yang berkapasiti 1.5 liter dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Perodua Aruz direka dengan susunan tempat duduk yang fleksibel diyakini mampu menarik minat pembeli. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan enam beg udara dan menepati standard keselamatan kenderaan. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Perodua Aruz, anda boleh membuat tempahan berjumlah RM 500 sahaja. Anda boleh dapatkan di wakil-wakil sah perodua atau pun anda boleh melayari laman sesawang rasmi Perodua untuk maklumat lanjut.

PERODUA ARUZ SUV HARGA DAN SPESIFIKASI TERKINI

Menurut sumber yang dipercayai, harga bagi Perodua Aruz SUV ini adalah amat berpatutan dan mampu milik. Berikut merupakan senarai harga untuk kedua-dua model Perodua Aruz SUV serta spesifikasinya:

GC Icon
Harga Perodua Aruz SUV Spesifikasi Dan Gambar
HARGA RASMI PERODUA ARUZ SUV MENGIKUT VARIAN
Tempahan boleh dilakukan dengan deposit RM 500 sahaja di wakil-wakil sah perodua bermula 3 Januari 2019
NotaBerikut merupakan harga rasmi atas jalan (OTR) tanpa insurans bagi penjualan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Langkawi:

Perodua Aruz 1.5 X

HARGA
SemenanjungRM Besar 72,200.00
Sabah & SarawakRM Besar 74,500.00
LabuanRM Besar 71,700.00
LangkawiRM Besar 70,700.00

Perodua Aruz 1.5 AV

HARGA
SemenanjungRM Besar 77,200.00
Sabah & SarawakRM Besar 79,500.00
LabuanRM Besar 76,300.00
LangkawiRM Besar 75,300.00
PILIHAN WARNA PERODUA ARUZ SUV
Berikut  merupakan 5 variasi warna bagi model SUV Perodua Aruz
No 1Ivory WhiteNo 2Glittering Silver
No 3Electric BlueNo 4Granite Grey
No 5Amazon Green
SPESIFIKASI PERODUA ARUZ 1.5 X
No 1Lampu utama LEDNo 2Fungsi Follow-me-Home
No 3Rim aloi 17 inciNo 4 Tempat duduk semi-bucket fabrik
No 5Corong pendingin hawa untuk baris belakang
No 6Alat pembaca tol terbina dalam
No 7Slot pengecasan USBNo 8Kamera undur
SPESIFIKASI PERODUA ARUZ 1.5 AV
Perodua Aruz AV mempunyai segala ciri-ciri pada varian 1.5X dan penambahan ciri-ciri berikut:
No 1Tempat duduk semi-bucket kulitNo 2Rel bumbung
No 3Alat perakam pemanduan bersepadu (DVR)
CIRI-CIRI KESELAMATAN
bullet pointKedua-dua varian SUV Perodua Aruz dilengkapi dengan enam beg udara
bullet pointUntuk Perodua Aruz AV dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0
iklan perodua aruz suv