Menu Bola

Siaran langsung upacara penutupan sukan Komanwel 2018 Australia

13:01 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:46 AM oleh GC.editor

Gold Coast, Australia secara rasmi telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2018. (2018 Commonwealth Games) membuka tirai kejohanan bermula dari tarikh 4 April hingga 15 April 2018.

Sukan Komanwel 2018 bakal menguji tahap kemampuan atlet Malaysia apabila buat pertama kali kedudukan pingat dalam sukan para akan diambil kira sebagai keseluruhan jumlah pingat sesebuah negara.

Pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland kontinjen negara sekadar membawa pulang enam pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa menjadikan jumlah kutipan 19 pingat kesemuanya.

Penganjuran Sukan Komanwel pada asalnya bertujuan untuk mengingati dan mempertemukan semula kesemua negara bekas jajahan British dari enam buah benua iaitu Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Oceania.

Dalam erti kata lain, ia bukan sekadar satu temasya sukan sebaliknya lebih dilihat untuk mengiktiraf penjajahan British di seluruh dunia yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

SIARAN LANGSUNG UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN SUKAN KOMANWEL 2018 GOLD COAST AUSTRALIA 

Sukan Komanwel 2018 merupakan kali kelima negara Australia menjadi tuan rumah sekali gus muncul negara paling banyak menganjurkannya apabila mengatasi negara-negara Komanwel lain yang berjumlah 72 kesemuanya.

Berikut adalah maklumat berkenaan tarikh dan waktu siaran langsung upacara pembukaan dan penutupan temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

GC Icon
Pembukaan Penutupan Sukan Komanwel 2018
INFO UPACARA PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN SUKAN KOMANWEL 2018 GOLD COAST, AUSTRALIA
PerkaraTarikhMasa
Upacara Pembukaan Sukan Komanwel 20184 April 20186:00 petang (Waktu Malaysia)
Upacara Penutupan Sukan Komanwel 201815 April 20186:30 petang (Waktu Malaysia)