Semakan tawaran keputusan kemasukan Tingkatan 6 sesi 2019-2020

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kemasukan ke Tingkatan 6 (T6) di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditawarkan secara automatik kepada lepasan SPM yang mencukupi syarat sepertimana ditetapkan oleh KPM.

Oleh itu, pelajar lepasan SPM 2018 yang mencukupi syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan Enam bagi sesi 2019 tidak perlu membuat permohonan secara individu sebaliknya hanya perlu membuat semakan tawaran secara dalam talian (online) bagi mengetahui sama ada ditawarkan ke Tingkatan Enam.

SEMAKAN DAN CETAKAN TAWARAN KEMASUKAN KEPUTUSAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2019

Semakan keputusan dan cetakan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh dibuat oleh pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 melalui Sistem Aplikasi Dalam Talian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian bermula pada tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Portal Rasmi.

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan keputusan Tingkatan 6 merangkumi informasi penting iaitu tarikh, pautan semakan serta lain-lain maklumat berkaitan.

Info
Check-Result-Tawaran-Form-6
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN DAN RAYUAN TINGKATAN 6 TAHUN 2019
Dibuka Ditutup
16 April 2019
17 Mei 2019
Tarikh yang dinyatakan adalah rasmi sepertimana yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

keputusan-form-6

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN TINGKATAN 6 SECARA ONLINE
Semakan keputusan tawaran kemasukan ke tingkatan 6 tahun 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi Sistem Aplikasi Dalam Talian, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian , sila klik pada judul pautan di bawah.
Info Sistem aplikasi SST6 semakan keputusan Tingkatan 6 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Pelajar lepasan SPM 2018 hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada ditawarkan ke Tingkatan Enam
Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 boleh membuat rayuan bermula 16 April 2019 dan keputusan rayuan akan diumumkan pada 10 Jun 2019
SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN TINGKATAN 6 SECARA SMS
Semakan keputusan Tingkatan 6 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888
SYARAT UMUM KELAYAKAN PELAJAR LEPASAN SPM 2017 KE TINGKATAN 6 TAHUN 2019
No-1 Lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.
No-2 Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari 2019
No-3 Untuk layak ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14
PAUTAN LAMPIRAN INFO BERKAITAN TINGKATAN 6
Klik-Link Syarat-Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Enam
Klik-Link Soalan-Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Enam
Klik-Link Muat Turun Borang Rayuan Kemasukan Pelajar Ke Tingkatan Enam
Klik-Link Portal Rasmi KPM | Maklumat Berkaitan Tingkatan 6
Close