Panduan lengkap cara solat sunat hari raya korban

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat islam selain daripada hari raya AidilFitri. Hari raya Aidiladha disambut setahun sekali ketika musim haji berlangsung. Pada hari raya aidiladha, umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat hari raya aidiladha pada pagi 10 zulhijjah hari raya. Hukum mengerjakan solat aidiladha adalah sunat muakkad dan telah dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad sejak dari awal pensyariatan hingga Baginda wafat. Umat islam disunatkan melakukan solat sunat aidiladha secara berjemaah namun sah jika dilakukan secara bersendirian.

Hari raya adiladha merupakan hari kegembiraan yang dikurniakan oleh Allah sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Ibrahim A.S dalam melaksanakan perintah Allah serta ketaatan dan kesabaran anaknya Nabi Ismail A.S. Solat sunat aidiladha dilakukan ditempat lapang atau di masjid dan umat islam lelaki dan perempuan disunatkan berkumpul di tempat solat membesarkan Allah sebagai tanda kesykuran atas nikmat yang diberikan. Amalan-amalan sunat seperti memakai wangian, memakai pakaian bersih dan mandi sunat hari raya adalah antara amalan yang digalakkan untuk umat islam lakukan pada hari raya aidiladha.

Segala rukun mengerjakan solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat fardhu kecuali penambahan 7 kali takbir pada rakaat pertama dan 5 kali takbir pada rakaat kedua. Selepas solat khatib akan menyampaikan khutbah sama seperti khutbah hari jumaat. Khatib disunatkan melafazkan takbir pada kedua-dua khutbah. Selepas tamat solat sunat aidiladha, barulah jemaah akan bersurai dan bersiap sedia utuk melakukan ibadah korban yang biasa dilakukan selepas solat sunat aidiladha.

NIAT DAN CARA SOLAT SUNAT AIDILADHA

Cara menunaikan solat sunat aidilfitri dan aidiladha adalah sama kecuali pada niat sahaja. Bagi memudahkan semua, kami kongsikan cara-cara menunaikan solat sunat aidiladha berserta niat. Sila rujuk jadual di bawah sebagai rujukan semua untuk menunaikan solat sunat aidiladha nanti:

GC Icon
Niat Dan Panduan Solat Sunat Aidiladha
CARA DAN NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA HAJI(AIDILADHA)
Solat hari raya haji (aidiladha) dilakukan sebanyak dua rakaat kemudian selepas memberi salam disusuli dengan dua khutbah. Rukun solat sunat aidiladha adalah sama seperti solat fardhu cuma ada tambahan mengangkat takbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua. 
LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
lafaz niat solat aidiladha
Usalli Sunnatan LiAidil Adha Rak’ataini Imaman/Makmuman Lillahi Ta’ala
Sahaja Aku sembahyang Sunat Hari Raya Aidil Adha Dua Rakaat imam/Makmum Kerana Allah Ta’ala
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA AIDILADHA
Rakaat Pertama
No 1Mengangkat takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akhbar kemudian lafazkan niat dalam hati
No 2Membaca doa iftitah
No 3Mengangkat takbir sebanyak tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
No 4Membaca surah al- Fatihah
No 5Membaca mana-mana surah dalam  al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
No 6Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat pertama
Rakaat Kedua
No 1Mulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)
No 2Mengangkat takbir lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ilaha illallah, Wallahu akbar)
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر
No 3Membaca surah al- Fatihah
No 4Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)
No 5Melakukan rukun seperti solat fardhu sehingga selesai rakaat kedua
No 6Memberi salam
Close