Contoh soalan UKSBP Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambak baik proses saringan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Bermula tahun 2017, kemasukan pelajar tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh perlulah menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) terlebih dahulu. UKSBP merupakan sebuah ujian saringan yang akan dilalui oleh pelajar yang terpilih dalam permohonan kemasukan ke SBP. Ujian ini merupakan salah satu syarat kelayakan yang wajib buat pelajar tahun 6 yang ingin memasuki SBP Tingkatan 1 pada tahun hadapan.

Permohonan kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 SBP 2020 dibuka bermula 27 Ogos 2019 dan ditutup pada 27 September 2019. Bagi menyemak nama yang layak menduduki UKSBP serta pusat atau tempat untuk mengambil UKSBP, para pelajar atau ibu bapa boleh berbuat demikian mulai 4 Oktober 2019 bagi tingkatan 1 manakala untuk tingkatan 4 pula pada 11 Oktober 2019.

Ujian ini akan dijalankan di semua pusat ujian yang ditetapkan. Berikutan permintaan dari ramai, penulis GCarian akan memberi beberapa tips dan contoh-contoh soalan UKSBP sebagai persediaan menghadapi ujian ini. Ibu bapa dinasihatkan untuk membuat persediaan seperti melatih anak masing-masing menggunakan komputer agar mudah dan tidak kekok untuk menjawab soalan di komputer.

CONTOH SOALAN UKSBP (UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH)

Berikut dikongsikan contoh soalan UKSBP berdasarkan rujukan yang telah dibuat terhadap soalan UKSBP tahun 2017. Turut dikongsikan juga tips persediaan bagi menduduki UKSBP dan beberapa info penting lain yang berkaitan:

GC-Icon
Contoh-Soalan-UKSBP
TARIKH UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASARAMA PENUH 2020
Tingkatan 1
Mula Tamat
14 Oktober 2019
18 Oktober 2019
Tingkatan 4
Mula Tamat
21 Oktober 2019
24 Oktober 2019
Info Tiada ujian ulangan buat pelajar yang tidak berjaya menghadirkan diri pada tarikh ujian yang telah ditetapkan
TIPS PERSEDIAAN UKSBP
Berikut dikongsikan beberapa langkah persediaan menghadapi UKSBP :
No-1 Sila bawa Kad Pengenalan (MyKad)
No-2 Cetak slip nama layak menduduki UKSBP dan pusat ujian dari laman sesawang KPM
No-3 Berpakaian uniform sekolah yang lengkap
No-4 Sila bawa alat tulis lengkap (Kalkulator tidak digunakan tetapi boleh dibawa sebagai persediaan) 
No-5 Sila hadir 45 minit lebih awal dari masa ujian dijalankan
No-6 Jawab 50 soalan objektif secara atas talian / online (ini berdasarkan UKSBP 2017)
No-7 Pastikan pelajar boleh menggunakan komputer tanpa tetikus /mouse (berikutan ada komputer tanpa tetikus) 
No-8 Sijil tidak perlu dibawa tetapi sebagai persediaan boleh disimpan di kereta atau sebagainya. 
STRUKTUR SOALAN UKSBP
Soalan dibahagikan kepada 5 komponen:
Abjad-A  IQ (Kemampuan intelektual, rasional dan logik) : 10 SOALAN
Abjad-B  EQ (Kemampuan emosi terhadap diri sendiri atau orang lain) : 10 SOALAN
Abjad-C  SQ ( Kerohanian dan kemampuan jiwa menangani kehidupan seharian) : 10 SOALAN
Abjad-D  SSQ (Kemampuan atau kelebihan diri berinteraksi dengan orang lain) : 10 SOALAN
Abjad-E PENGETAHUAN AM : 10 SOALAN
Tick  JUMLAH : 50 SOALAN
Nota  Komponen ini adalah berdasarkan UKSBP 2018. Ianya tertakluk kepada perubahan dari KPM bagi UKSBP 2019
CONTOH SOALAN UKSBP
Bagi soalan pengetahuan am, para pelajar perlulah mengetahui hal-hal semasa negara seperti sejarah, sukan, fakta umum dan sebagainya.
Untuk soalan jenis EQ dan SQ, jawapan yang hendak dipilih haruslah yang paling positif manakala soalan matematik pula adalah berbentuk peratus, operasi bergabung, sudoku dan nisbah.
1 Apakah sinonim bagi perkataan amalan? 25 Apakah sungai yang berhubung dengan Sungai Gombak?
2 Apakah senjata kebesaran diraja? 26 Siapakah penjajah pertama Malaysia?
3 Apakah kaum terbesar di Sabah? 27 Siapakah bapa permodenan Malaysia?
4 Preve adalah model kereta apa? 28 Soalan-soalan matematik (Sudoku)
5 Siapakah pengasas Facebook? 29 Bilakah tarikh penubuhan Malaysia?
6 Huraikan tentang Fotosentisis 30 Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji pelajaran?
7 Berapakah jumlah wilayah di Malaysia? 31  Labu sayong berasal dari negeri mana?
8 Kawan-kawan sekeliling anda tidak suka dengar ceramah, apakah tindakan anda? 32 Apakah yang perlu dilakukan oleh ketua kelas dan murid-murid jika kelas bising?
9 Apakah produk keluaran Proton? 33 Adat Pepatih berasal dari negeri mana?
10 Apakah gelarant jaguh pecut basikal negara, Aziziulhasni Awang? 34 Siapakah pencipta Jalur Gemilang?
11 Apakah unit untuk mengukur kekuatan gempa bumi? 35 Apakah tindakan jika anda dibuli oleh kawan?
12 Anda telah merosakkan kalculator kawan anda, apakah tindakan anda? 36 Apakah tindakan anda jika kawan-kawan anda bergaduh?
13 Apakah tindakan anda jika kawan Facebook mengajak temujanji? 37 Siapakah pencipta kapal terbang?
14 Siapakah orang pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas? 38 Apakah jenama Beryl?
15 Namakan kuih tradisional Sarawak 39 Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
16 Dimanakah terletaknya Genting Highland? 40 Namakan muzik dan lagu untuk negeri. Contoh: Dondang Sayang
17 Apakah tarian terkenal di Johor? 41 Pulau Pangkor terletak di mana?
18 Siapakah pencipta telefon? 42 Apakah tindakan anda jika tersepak bola dan terkena tingkap?
19 Siapakah pencipta lampu? 43 Apakah tindakan anda jika rumah kawan terbakar?
20 Namakan pemain bola sepak Sepanyol 44 Apakah nama tasik yang terkenal di Terengganu?
21 Apakah yang perlu dilakukan jika rindu ibu bapa? 45 Apakah tindakan anda jika ternampak bendera jatuh?
22 Apakah sukan bagi Le Tour de Langkawi? 46 Apakah tahun selepas 2 dekad berdasarkan tahun yang diberi?
23 Apakah nama ibu negara Malaysia? 47 Wau berasal dari mana?
24 Apakah yang patut dilakukan jika anda tidak sesuai duduk di asrama? 48 Apakah tindakan anda jila adik anda berumur 8 tahun megoyakkan 3 muka surat kerja matematik yang telah siap?
Nota Contoh soalan ini adalah hasil rujukan daripada beberapa jenis sumber di internet seperti di media sosial.
Info-Lain INFO BERKAITAN
Klik-Link Semakan Kelayakan Menduduki Dan Pusat UKSBP 2019
Klik-Link Permohonan SBP 2020 Tingkatan 1 & 4 Sekolah Berasrama Penuh
Close