Permohonan SMA Terengganu 2020 SMANT MAIDAM

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Ibu bapa sanggup berbelanja demi masa depan anak mereka. Sesetengah ibu bapa inginkan anak mereka mahir dalam ilmu agama, maka mereka menghantar anak mereka menimba ilmu di sekolah aliran agama. Oleh itu, berita baik buat ibu bapa terutamanya yang tinggal di Terengganu. Anda kini boleh menghantar anak anda ke Sekolah Menengah Agama Terengganu. Lebih menarik, permohonan kini boleh dibuat secara atas talian sahaja.

Permohonan ke Sekolah Menengah Agama Terengganu dan juga Madrasah Moden MAIDAM merupakan aplikasi laman sesawang yang dibangunkan oleh Unit ICT JHEAT dan di bawah kendalian Bahagian Pendidikan. Permohonan dibuka kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke Sekolah Menengah Agama untuk kemasukan ke tingkatan 1, 4 dan juga 6. Aplikasi ini dapat memudahkan ibu bapa dengan hanya melayari laman sesawang rasmi SMA Terengganu dan pilih kategori yang berkaitan untuk membuat permohonan.

Tidak seperti sekolah harian yang lain, kemasukan ke SMA Terengganu ada beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh pemohon. Antaranya adalah perlu untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam akedemi untuk melayakkan diri menjadi pelajar di SMA Terengganu. Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang rasmi SMA Terengganu. Permintaan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke SMA semakin meningkat. Ini menunjukkan reputasi baik SMA hingga mendapat kepercayaan dari ibu bapa.

PERMOHONAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI TERENGGANU (SMANT) 2020 ONLINE

Berikut merupakan cara-cara membuat permohonan ke SMA Terengganu dan tarikh-tarikh penting permohonan SMA Terengganu beserta syarat kelayakan permohonan. Kemasukan ke SMANT ambilan tahun 2020 adalah melibatkan Sekolah Berasrama Penuh – SMA(A)SZA & SMIDI, Sekolah Bukan Berasrama Penuh – SMANT (Harian) dan Madrasah Moden MAIDAM.

GC Icon
permohonan sma terengganu 2019
TARIKH PENTING PERMOHONAN SMA TERENGGANU 2020 KEMASUKAN KE TINGKATAN 1
BukaTutup
21 November 2019
27 November 2019 
NotaPermohonan dibuka selama seminggu iaitu sehari selepas keputusan UPSR 2019 diumumkan
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SMA TERENGGANU 2020
Sila layari pautan di bawah untuk membuat permohonan kemasukan ke SMA Terengganu

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SMA TERENGGANU ONLINE

No 1Sila pilih kategori sekolah yang diinginkan : Sekolah Berasrama Penuh SMA(A)SZA & SMIDI, Sekolah Bukan Berasrama Penuh -SMANT (Harian) atau Madrasah Moden MAIDAM Besut
No 2Kemudian tekan butang mengikut kategori sekolah untuk membuat permohonan dan isikan maklumat yang diperlukan
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SMANT
Abjad ASMA(A)SZA
No 1Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2019 (27 Unit tanpa C, D, E)
No 2Rakyat Negeri Terengganu
No 3Beragama Islam
No 4Lulus Sijil KAFA atau setaraf dengannya
No 5Umur tidak melebihi 13 tahun
Abjad BSMIDI
No 1Warganegara Malaysia
No 2Rakyat Negeri Terengganu
No 3Beragama Islam
No 4Sihat tubuh badan
No 5Mendapat 27 unit dalam UPSR tanpa C (minimum 3A 3B)
No 6Lulus UPKK
No 7Lulus UPSR dengan sekurang-kurangnya 2A 2B 2C
No 8Lulus UPSRI dengan sekurang-kurangnya 4A dalam subjek Diniyyah
No 9Lulus ujian/temuduga
Abjad CSEKOLAH BUKAN BERASRAMA PENUH (SMANT HARIAN)
syarat kemasukan smant
Abjad DMADRASAH MODEN MAIDAM
No 1Pemohon hendaklah memperoleh 18 unit atau lebih dan TANPA E dalam peperiksaan UPSR 2019
No 2Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu iaitu :
bullet pointBapa lahir di Terengganu Darul Iman ATAU
bullet pointIbu bapa telah bermastautin di Terengganu terus-menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti-bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
No 3Lulus Ujian UPKK atau setaraf dengannya
No 4Lulus UPSRI dengan pangkat sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
No 5Lulus dalam sesi temuduga yang terdiri daripada Ujian Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Penulisan Jawi, bacaan Al-Quran dan personaliti yang baik
No 6Bersetuju untuk belajar menggunakan sistem berasaskan pondok
No 7Mempunyai peperiksaan PT3 dan SPM. Menggunapakai Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
No 8Bersetuju menerima MMTNT yang ditawarkan. Penempatan pelajar bergantung pada kekosongan yang ada serta ketetapan oleh pihak Bahagian Pendidikan, JHEAT dan Pengurusan MMTNT
No 9Setuju untuk mematuhi peraturan WAJIB tinggal sepenuhnya di asrama
No 10Bersedia menuruti sepenuhnya segala peraturan dan arahan daripada MMTNT yang berkaitan
TARIKH PENTING PERMOHONAN SMA TERENGGANU 2020
TarikhPerkara
21 November 2019Permohonan ke SMA Negeri Terengganu dibuka pada jam 9 pagi sehari selepas keputusan UPSR diumumkan
27 November 2019Permohonan ke SMA Negeri Terengganu ditutup pada jam 3 petang
1 Disember 2019Semakan ujian bertulis akan dibuka pada jam 9 pagi
5 Disember 2019Ujian bagi kemasukan ke SMA Negeri Terengganu
9 Disember 2019Ujian bagi kemasukan ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI)
4 Disember 2019Ujian bagi kemasukan ke Madrasah Moden Terengganu
19 Disember 2019Semakan keputusan tawaran dibuka
30 Disember 2019Pendaftaran ke SMA Negeri Terengganu (Tingkatan 1)
5 Januari 2020Pendaftaran ke SMA(A) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (Tingkatan 1)
5 Januari 2020Pendaftaran ke Madrasah Moden Terengganu (Tingkatan 1)
12 Januari 2020Pendaftaran ke Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) (Tingkatan 1)
Close