Permohonan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka 2020 Tingkatan 1

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Terdapat banyak jenis sekolah yang ibu bapa boleh daftarkan untuk kebaikan anak mereka kini. Antara aliran yang mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa adalah sekolah aliran agama. Sekolah Menengah (SM) Ulul Albab Melaka merupakan salah sebuah sekolah yang menawarkan pendidikan aliran agama kepada pelajar. Pengambilan bermula dari tingkatan 1  pelajar akan didedahkan dengan modul pengajian ulul albab seperti Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik seperti berenang, berkuda, memanah, kelas Bahasa Asing (Jepun, Perancis, Mandarin, Arab), program pra Hafaz Aqso, Smart Al Quran dan IQ Minda.

SM Ulul Albab telah berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang diuruskan oleh Y2G – Ulul Albab Center of Excellence. Sekolah ini telah didirikan di atas tanah wakaf seluas 3 ekar bertujuan untuk memberi pendidikan aliran agama kepada pelajar yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi sebahagian daripada warga SM Ulul Albab. Tenaga pengajar di sekolah ini juga merupakan mereka yang kompeten dan layak untuk mengajar. Segala kemudahan belajar dan mengajar juga disediakan serba lengkap oleh pihak pengurusan bagi menjamin keselesaan pelajar.

Permohonan kemasukan pelajar kini boleh dilakukan secara atas talian sahaja di mana ibu bapa hanya perlu melayari laman sesawang rasmi SM Imtiaz Ulul Albab. Untuk ambilan pelajar tingkatan satu ke SM Imtiaz Ulul Albab terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadi sebahagian daripada warga SM Imtiaz Ulul Albab. Kemudian terdapat juga penilaian dari segi al-quran dan ujian bertulis. Kemudian terdapat juga sedikit temuduga untuk ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka ke sekolah ini.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SM IMTIAZ ULUL ALBAB MELAKA 2020 ONLINE TINGKATAN 1

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan serta tarikh penting permohonan SM Imtiaz Ulul Albab Melaka. Turut disertakan adalah syarat kelayakan kemasukan ke sekolah ini:

GC Icon
permohonan sm imtiaz ulul albab
TARIKH PERMOHONAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB 2020 KEMASUKAN KE TINGKATAN 1
BukaTutup
13 September 2019
5 Disember 2019
NotaPelajar perlu mengemaskini keputusan UPSR setelah keputusan rasmi diumumkan
TARIKH SIMULASI & TEMUDUGA SM IMTIAZ ULUL ALBAB 2020 KEMASUKAN KE TINGKATAN 1
BukaTutup
8 Disember 2019
10 Disember 2019
NotaTarikh temuduga boleh berubah mengikut keputusan rasmi UPSR
CARA MEMBUAT PERMOHONAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB 2020
Mereka yang berminat boleh melayari pautan di bawah untuk membuat permohonan

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SM IMTIAZ ULUL ALBAB ONLINE

PROGRAM YANG DITAWARKAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB
No 1Program Ulul Albab
No 2Pembelajaran Sains Tulen (KSSM)
No 3Program Tahfiz Al-Quran
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE SM IMTIAZ ULUL ALBAB
No 1Warganegara Malaysia
No 2Memperoleh sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2019
No 3Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja
No 4Menghadiri program simulasi dan lulus temuduga
No 5Lulus dalam sesi temuduga (Ujian Bertulis, Hafazan, Bahasa Arab Personaliti dan IQ)
No 6Anak Negeri Melaka diberi keutamaan sebanyak 50% 
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan boleh rujuk di laman sesawang rasmi mereka dan laman facebook rasmi:
Lot 1503,
Bt 21, Empang Batu,
Durian Daun 78300 Masjid Tanah,
Melaka
Tel: 06-385 3055
Klik LinkLaman sesawang rasmi SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka
Klik LinkLaman facebook rasmi SM Imtiaz Ulul Albab
Close