Menu Bola

Tarikh semakan pendaftaran MUET 2019 sesi 1,2 dan 3 online dan SMS

16:43 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 22 January 2019 jam 02:41 PM oleh GC.editor

Penguasaan Bahasa Inggeris amat penting pada zaman kini. Malaysian University English Test (MUET) merupakan salah satu cara untuk mengukur kemampuan berbahasa inggeris pelajar Malaysia. Di seluruh Universiti Awam (UA) dalam negara kita, mereka menggunakan keputusan ujian MUET sebagai salah satu syarat am kemasukan ke universiti mereka. Pemohon yang menepati kelayakan minimum keputusan MUET serta menepati syarat yang lain layak untuk menyertai UA yang mereka inginkan jika terpilih.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa lingua franca pada ketika ini. Justeru amat penting untuk pelajar di Malaysia menguasai bahasa asing ini. Tanpa menidakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara, pelajar perlu selalu mempraktikkan komunikasi dalam Bahasa Inggeris bermula daripada rumah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menyediakan dan akan mengelola ujian MUET sebagai salah satu syarat kemasukan ke UA.

Bagi memudahkan calon, MPM akan menjalankan ujian MUET sebanyak tiga kali setahun. Ini bertujuan agar calon dapat mempersiapkan diri sebelum menduduki ujian MUET. Pendaftaran ujian MUET ini boleh dilakukan secara atas talian (online).

SEMAKAN PENDAFTARAN MUET 2019

Demi memudahkan semua pelajar, berikut kami kongsikan tarikh semakan pendaftaran untuk ketiga-tiga sesi, cara membuat semakan secara online dan sms. Diharapkan dapat membantu semua:

GC Icon
Semakan slip pendaftaran MUET 2019
TARIKH SEMAKAN PENDAFTARAN MUET
SESI 1 (JANUARI)
BUKATUTUP
14 November 20189 Januari 2019
SESI 2 (JULAI)
BUKATUTUP
20 Februari 201910 April 2019
SESI 3 (NOVEMBER)
BUKATUTUP
23 Mei 201910 Julai 2019
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN SECARA ONLINE

Semakan Pendaftaran MUET

Berikut merupakan cara-cara membuat semakan pendaftaran MUET secara online:
No 1Sila klik pautan di atas dan masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda untuk membuat semakan
No 2Calon yang mengalami masalah seperti tiada maklumat dalam sistem, hendaklah terus berhubung dengan MPM dengan kadar segera
No 3Untuk calon sekolah atau institut, hendaklah berhubung dengan pengetua masing-masing
No 4Calon dikehendaki membuat cetakan slip pendaftaran dan membawanya ketika memasuki dewan peperiksaan.
CARA MEMBUAT SEMAKAN PENDAFTARAN MELALUI SMS
Selain daripada semakan secara atas talian, calon juga boleh membuat semakan melalui SMS. Untuk pengetahuan, caj akan dikenakan sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20. Perkhidmatan tersedia bagi pengguna Celcom, Maxis, Digi, U Mobile, Tune Talk dan XOX.
Taip MUET<jarak>INFO<jarak>nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888
CARA MEMBUAT SEMAKAN MELALUI APPS STORE
Calon juga boleh muat turun secara percuma melalui apps store dan itunes. Aplikasi ini adalah untuk kemudahan calon ujian MUET menyemak maklumat berkaitan MUET bagi sesi semasa
Klik LinkAplikasi MUETbyMPM

 

Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkSemakan Keputusan Muet Sesi 1 Bulan Mac
Klik LinkSemakan Keputusan Muet Sesi 2 Bulan Julai
Klik LinkSemakan Keputusan Muet Sesi 3 Bulan November