Menu Bola

Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku 2019 Online Untuk Pekerja Swasta

23:10 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 November 2019 jam 12:11 AM oleh GC.editor

Skim Rumah Pertamaku (SRP) merupakan satu bentuk usaha kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM 10,000 untuk membeli rumah pertama mereka. kerajaan telah mengumumkan dalam belanjawan 2011 dimana pembeli rumah pertama boleh mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan tanpa membayar wang pendahuluan. Melalui skim ini ia dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Rumah merupakan perkara paling asas dalam kehidupan namun dengan kenaikan kos sara hidup kini menyebabkan harga rumah turut terkesan. Paling terkesan adalah golongan muda yang baru sahaja ingin memulakan kehidupan mereka. Justeru itu, skim ini membolehkan pembeli rumah pertama tidak perlu membayar 10% wang pendahuluan. Nilai rumah pula perlulah bermula dari RM 100,000 hingga RM 500,000 sahaja.

Untuk memohon, pembeli perlu menyemak syarat kelayakan terlebih dahulu. Jika anda layak, anda boleh teruskan dengan permohonan pendaftaran. Namun jika tidak layak, masih banyak lagi bantuan yang ada seperti Skim MyDeposit MyHome, PR1MA, PPA1M dan Rumah Mesra Rakyat. Kerajaan sangat komited bagi menangani masalah tidak mempunyai pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Oleh itu, mereka yang mampu dan layak membuat permohonan digalakkan memohon bantuan yang disediakan.

PERMOHONAN PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) UNTUK PEKERJA SWASTA

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan, cara membuat permohonan dan lain-lain perkara penting berkaitan Skim Rumah Pertamaku:

GC Icon
Permohonan Skim Rumah Pertamaku 2019 Online Untuk Pekerja Swasta
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)
TickTerbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
TickMerupakan pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
TickTiada rekod pembiayaan yang terjejas untuk tempoh 12 bulan lepas
TickPembeli rumah pertama
TickPemohon individu atau bersama
TickPendapatan kasar bulanan isi rumah  mestilah:
bullet pointUntuk hartanah yang bernilai sehingga RM 500,000 pendapatan mestilah tidak lebih daripada RM 5,000 untuk pemohon individu atau tidak lebih daripada RM 10,000 untuk pemohon bersama (Setiap pemohon tidak lebih daripada RM 5,000)
bullet pointUntuk hartanah bernilai RM 300,000 mestilah tidak lebih daripada RM 5,000 bagi pemohon individu atau bersama
NotaJika anda layak sila dapatkan maklumat permohonan untuk Skim Rumah Pertamaku di cawangan bank yang terlibat seperti berikut:-
SENARAI BANK YANG TERLIBAT & NO TELEFON
Affin Bank (03-5522 3000)
AmBank/ Ambank Islamic (03-2178 8888)
Bank Muamalat (1 300 88 8787)
Hong Leong Bank/ Hong Leong Islamic Bank (1 800 38 8888)
Standard Chartered Bank (03-7711 8888)
Public Bank/ Public Bank Islamic (1 800 22 9999)
Standard Chartered Saadiq (03-2117 7941)
Alliance Bank/ Alliance Islamic Bank (03-2612 9266 / 9267)
Bank Islam (03-2690 0900)
CIMB Bank/ CIMB Islamic Bank (1 300 880 900)
Maybank/ Maybank Islamic (1 300 88 6688)
OCBC Bank (1 300 88 5000)
RHB Bank (1 800 88 4663)
OCBC Al-Amin (1 300 88 0310)
RHB Islamic Bank (Sem. Malaysia: 03-9206 8118 & Sabah & Sarawak : 082-276118)
United Overseas Bank Malaysia (03-2612 8121)
KEPERLUAN PEMBIAYAAN SRP
TickTempoh pembiayaan mestilah tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
TickPembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja
TickInsurans atau takaful kebakaran adalah diwajibkan
TickBayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
TickUntuk pembelian hartanah yang mempunyai nilai sehingga RM 300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM 5,000:
bullet pointDiwajibkan untuk tamat modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK
bullet pointTempoh moratorium selama 5 tahun
MAKLUMAT LANJUT  SRP
Untuk mendapatkan maklumat dan keterangan berkaitan permohonan Skim Rumah Pertamaku, sila layari pautan berikut:
TickLaman Sesawang Rasmi Skim Rumah Pertamaku
TickFAQ Permohonan Skim Rumah Pertamaku