Menu Bola

Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2019

12:40 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 14 February 2019 jam 09:04 PM oleh GC.editor

Kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat. BSH yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini diperkemas lagi pelaksanaannya dengan memberi fokus kepada golongan B40. Penerima BSH terbahagi kepada tiga kategori isi rumah yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah sebulan. Penerima akan menerima bantuan sebanyak RM 500 hingga RM 1,000 bergantung kepada kategori masing-masing. Pengagihan BSH fasa 1 akan bermula 28 Januari 2019.

Berdasarkan laman rasmi BSH oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semua penerima BSH 2018 mestilah membuat kemas kini maklumat waris sebelum 15 Januari 2019. Untuk pengetahuan semua, bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris yang didaftarkan sebagai waris penerima bantuan untuk kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia. Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) boleh dibuat bermula 1 Februari 2019 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SKK merupakan satu skim untuk menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang sebelum ini diguna pakai dalam pemberian BR1M tahun 2014. Melalui SKK ini waris penerima BSH yang telah meninggal dunia akan mendapat bantuan sebanyak RM 1,000. Waris perlu membawa bersama dokumen-dokumen penting ketika membuat tuntutan di BSN bagi mengesahkan bahawa anda adalah waris yang sah dan didaftarkan.

CARA BUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2019

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK). Turut disertakan beberapa info penting berkaitan tuntutan SKK:

GC Icon
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2018 2019
CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BSH
No 1Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN bermula 1 Februari 2019
No 2Tempoh kemas kini waris BSH 2019 di LHDNM dan secara online adalah sehingga 15 Mac 2019
No 3Tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2019 di mana-mana Cawangan BSN akan dimaklumkan kemudian
No 4Pembayaran SKK akan dilaksanakan oleh pihak BSN setelah mendapati maklumat yang diberikan sah dan tepat
No 5Waris boleh menuntut SKK dan juga baki bayaran BSH 2019 fasa pertama sahaja iaitu kematian setakat 31 Januari 2019 buat masa sekarang manakala tarikh tuntutan untuk tarikh kematian dari 1 Februari 2019-31 Disember 2019 akan dimaklumkan kelak
DOKUMEN PENTING KETIKA MEMBUAT TUNTUTAN SKK
TickSijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
TickKad pengenalan waris
TickDokumen yang membuktikan waris mempunyai pertalian dengan penerima seperti:
bullet pointIbu/bapa-Sijil lahir penerima
bullet pointPasangan-Sijil nikah/Sijil perkahwinan/Sijil lahir anak
bullet pointAdik beradik-Sijil lahir penerima dan sijil lahir wakil
bullet pointAnak angkat-Sijil anak angkat daripada JPN/pengesahan daripada mahkamah/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
bullet pointAnak-Sijil lahir wakil
bullet pointAnak tiri-Sijil lahir wakil (anak tiri) dan sijil perkahwinan ibu/bapa tiri
bullet pointCucu-Sijil lahir wakil (Cucu) dan sijil kelahiran ibu atau bapa kepada wakil
TARIKH PEMBAYARAN SKK
PerkaraTarikh KematianTarikh Mula Tuntutan
Penerima pembayaran fasa pertama1 Januari 2019-31 Januari 20191 Februari 2019
Penerima pembayaran fasa pertama dan lulus BSH 20191 Februari 2019-31 Disember 2019Dalam Proses
Permohonan baharu yang lulus BSH 20191 Februari 2019-31 Disember 2019Dalam Proses
alert warningINFO PENTING SKK
TickPenerima merupakan penerima BSH dalam kategori isi rumah dan warga emas
TickHanya waris yang dinamakan dalam sistem BSH sahaja boleh membuat tuntutan SKK
TickWaris bagi penerima BSH 2019 meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Januari 2019 layak menerima SKK
TickWaris bagi penerima BSH 2019 baharu yang telah diluluskan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Februari 2019 hingga 31 Disember 2019 juga layak menerima SKK
TickWaris mesti dari kalangan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik beradik/ Cucu sahaja
TickWaris akan menerima sebanyak RM 1,000
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2019, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
TickHotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
TickHotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
TickE-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Klik LinkFAQ Maklumat Waris Dan SKK BSH