Senarai Keistimewaan Menderma Darah Di Malaysia

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Amalan menderma darah merupakan amalan yang mulia. Ia dapat menyelamatkan nyawa seseorang yang benar-benar memerlukan. Dalam negara kita kesedaran untuk menderma darah masih belum lagi ditahap yang boleh dibanggakan. Ada yang takut akan jarum ada yang takut akan darah. Kemudian terus melupakan hasrat murni ini. Negara kita masih lagi kekurangan simpanan darah.

Oleh sebab itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan juga badan bukan kerajaan telah melakukan banyak kempen derma darah bagi menarik rakyat menderma darah.

Terdapat empat kumpulan darah. Kumpulan darah A, B, AB dan O. Setiap manusia mempunyai kumpulan darah masing-masing. Jenis darah adalah bergantung kepada keturunan iaitu jenis darah ibu dan bapa kita. Kumpulan darah jenis O merupakan kumpulan darah universal yang boleh menderma untuk semua kumpulan darah tetapi hanya boleh menerima darah kumpulannya sahaja. Oleh itu, darah dari kumpulan ini memerlukan penderma yang lebih kerana susah untuk didapatkan.

Bagi menarik minat rakyat untuk derma darah, KKM telah mewujudkan pusat darah negara dan telah melancarkan beberapa siri jelajah Malaysia bagi berkempen menarik minat rakyat untuk menjadi penderma darah. Hebahan tentang jelajah derma darah boleh didapati di laman facebook rasmi KKM atau laman sesawang Pusat Darah Negara.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN MENDERMA DARAH DI MALAYSIA

Terdapat banyak keistimewaan menjadi seorang penderma darah. KKM melalui laman facebooknya telah menyenaraikan keistimewaan jika anda menjadi penderma darah. Dipetik melalui kenyataan KKM, penderma akan mendapat rawatan percuma di semua institusi kesihatan KKM. Bagi memudahkan semua, berikut dikongsikan keistimewaan menjadi penderma darah:

GC Icon
derma darah
KEISTIMEWAAN MENJADI PENDERMA DARAH
Kekerapan MendermaKeistimewaan Rawatan
1 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan) serta layak untuk dapat wad kelas kedua untuk tempoh *4 bulan
2 kali dalam tempoh 2 bulanLayak untuk dapatkan suntikan percuma pencegahan Hepatitis B
2-5 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
6-10 kaliPercuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
11-15 kaliLayak untuk dapat rawatan percuma pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16-20 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
21-30 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun
31-40 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41-50 kaliPercuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Sila bawa buku merah kepada pihak hospital sebelum layak untuk mendapatkan keistimewaan seperti di atas. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa.
Keistimewaan Menderma Darah
Close