Semakan keputusan permohonan murid tahun 1 ambilan 2020/2021

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Perhatian kepada ibu bapa yang sudah membuat permohonan untuk kemasukan anak mereka untuk ke darjah 1 sekolah rendah kerajaan, anda boleh membuat semakan permohonan anda di laman SPS-Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT). Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan pada tarikh yang akan dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk kemasukan pelajar tahun 1 ambilan 2020, pelajar mestilah lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014. Untuk kemasukan pelajar tahun 1 sesi 2020 pula pelajar mestilah lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015. Sebagai rekod, pada tahun lalu terdapat dua tarikh berbeza mengikut negeri untuk ibu bapa penjaga membuat semakan. Ibu bapa penjaga yang tidak berpuas hati dan ingin menukar penempatan anak mereka boleh mengemukekan permohonan rayuan rasmi secara online sejurus mendapat keputusan permohonan

KPM telah mewujudkan sistem atas talian untuk membuat permohonan dan semakan anak-anak tahun 1 kerana sedar akan kekangan masa ibu bapa penjaga. Secara tidak langsung ia memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk pengetahuan ibu bapa, tarikh semakan permohonan akan dimaklumkan oleh KPM kelak.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENDAFTARAN MURID KE TAHUN 1 AMBILAN 2020/2021

Berikut merupakan info tentang tarikh keputusan permohonan pelajar tahun 1 ambilan 2020/2021. Tarikh tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dikongsikan juga lain-lain info yang berguna untuk semua. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa dan penjaga:

GC Icon
Semakan Keputusan Permohonan Murid Tahun 1
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN LAIN-LAIN NEGERI
1 Ogos 2019
Dalam Proses
TickPermohonan rayuan penempatan Murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Malaysia kecuali Putrajaya sesi kemasukan 2020 boleh dilakukan bermula dari 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019
TickTarikh keputusan rayuan bagi negeri-negeri lain kecuali Putrajaya sesi kemasukan 2020 akan diumumkan pada dari 1 Oktober 2019
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PUTRAJAYA
Tarikh BukaTarikh Tutup
1 Oktober 2019
Dalam Proses
TickPermohonan rayuan penempatan bagi sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh 1 Oktober 2019. Sebarang maklumat, sila hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8889 0000
SEMAKAN SECARA ONLINE
Ibubapa perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sama seperti ketika membuat permohonan. Berikut adalah pautan untuk membuat semakan:

Semakan Tahun 1

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan boleh didapati melalui laman Modul Pendaftaran Murid Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (untuk pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja), sila hubungi:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT. E-mel : daftartahun1@moe.gov.my
Close