PRU 14 semakan nama daftar pemilih pengundi dan tempat mengundi

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Semua bakal pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 disarankan membuat semakan maklumat pendaftaran masing-masing bagi memastikan maklumat adalah tepat dan tidak menimbulkan masalah pada hari pengundian nanti.

Sekiranya terdapat sebarang kesilapan berhubung maklumat pemilih, pengundi masih mempunyai masa untuk memperbetulkan dan mengemaskini maklumat tersebut dengan berhubung dengan pejabat-pejabat pilihan raya negeri atau ibu pejabat SPR di Putrajaya.

‘Maklumat pemilih seperti ejaan nama, jantina, agama, bangsa, lokaliti, nombor MyKad, tarikh lahir dan nombor rumah boleh dibetulkan oleh SPR dalam tempoh yang singkat tanpa memerlukan proses pameran, pengesahan dan pewartaan. Bagaimanapun, bagi kes yang melibatkan kemasukan semula nama ke dalam daftar pemilih, perkara itu tidak melibatkan proses-proses tersebut.

CARA MEMBUAT SEMAKAN DAFTAR PEMILIH (PENGUNDI) SECARA ONLINE DAN SMS BAGI PRU14

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyediakan dua mekanisme atau kaedah kepada individu warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas yang telah membuat pendaftaran sebagai pemilih melalui saluran yang sah mengetahui sama ada pendaftaran mereka sudah dimasukan ke dalam sistem.

Semakan Daftar Pemilih boleh dibuat secara dalam talian (online) atau dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

PERINCIAN CARA BUAT SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH SECARA ONLINE
Semakan daftar pemilih secara online disediakan dengan 2 kaedah perkhidmatan iaitu semakan secara individu dan semakan pemilih isi rumah.
Sistem Semakan Pemilih Isi Rumah menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.
Untuk membuat semakan dengan menggunakan salah satu sistem yang disediakan, bakal pengundi boleh klik pada judul pautan di bawah.
Klik-Link Semakan Daftar Pemilih Secara Individu
Klik-Link Semakan Daftar Pemilih Isi Rumah
PERINCIAN CARA BUAT SEMAKAN NAMA DAFTAR PEMILIH SECARA SMS
Semakan daftar pemilih melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taipkan: SPR (jarak) No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888
Taipkan: SPR (jarak) SEMAK (jarak) No Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888

 

MAKLUMAT BERKAITAN
Bagi yang belum membuat pendaftaran pemilih boleh mendapatkan panduan maklumat asas sebagai pengundi, syarat layak mendaftar, pusat pendaftaran dan cara untuk mendaftar dengan klik pada judul pautan di bawah.
Klik-Link Syarat dan Panduan Cara Untuk Mendaftar Sebagai Pengundi Pilihan Raya
Close