Semak kelayakan subsidi minyak Program Subsidi Petrol (PSP)

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Usaha kerajaan untuk membantu meringankan bebanan rakyat terutamanya golongan B40 yang berpendapatan rendah tidak pernah berhenti. Bantuan yang diberikan dapat dilihat daripada pelbagai aspek termasuklah tempat tinggal/perumahan, perbelanjaan, pendidikan, minyak dan sebagainya. Antara bantuan yang terkenal adalah Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan.

Penerima BSH bakal mengukir senyuman kerana pihak kerajaan telah melancarkan inisiatif yang dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP). Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mengagihkan semula subsidi petrol secara saksama yang sekaligus dapat mengurangkan bebanan hidup rakyat berpendapatan rendah.

Mulai bulan Januari 2020, rakyat yang menepati syarat kelayakan bakal menerima bantuan dalam bentuk wang ringgit untuk membantu pembiayaan sebahagian daripada kos penggunaan petrol masing-masing. Subsidi yang diberikan adalah untuk pengguna kereta dan motosikal di mana individu yang menikmati subsidi ini hendaklah mempunyai tidak lebih daripada dua buah kereta dan dua buah motosikal sahaja.

Rakyat Malaysia yang menepati syarat kelayakan penerima PSP boleh membuat Semakan Kelayakan PSP atau Program Subsidi Petrol yang akan dibuka mulai bulan Oktober 2019. Semakan dapat dilakukan di portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memudahkan rakyat menjalankan urusan secara atas talian/online.

alert warningINFO TERKINI : PENANGGUHAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 
PROGRAM SUBSIDI PETROL DITANGGUHKAN
Kerajaan menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol dari Januari 2020 ke suatu tarikh yang akan dikemaskini.
Hal ini disebabkan kerajaan ingin memberi ruang terhadap proses pendaftaran penerima daripada golongan isi rumah berpendapatan pertengahan 40 peratus iaitu M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan
KENAIKAN RON95 1 SEN SETIAP MINGGU
Apabila Program Subsidi Petrol mula dilaksanakan dijangka bermula Januari 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak 1 sen setiap minggu sehinggalah mencecah harga semasa pasaran.
TARIKH TUTUP KEMASKINI MAKLUMAT PSP
Bagi penerima PSP, maklumat kenderaan dan akaun bank perlu dikemaskini sebelum 30 November 2019 untuk mengelakkan daripada kegagalan pembayaran ke akaun penerima
BELANJAWAN 2020
Peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi skim PSP yang akan memanfaatkan kira-kira 8 juta pemandu daripada kategori kelayakan seperti di bawah. 
No 1Penerima BSH (B40) yang melepasi kelayakan kriteria pemilikan kenderaan yang ditetapkan dalam PSP
No 2Bukan Penerima BSH yang melepasi kelayakan kriteria pemilikan kenderaan yang ditetapkan dalam PSP
Penerima BSH yang layak akan menerima pembayaran pertama pada April 2020 untuk tempoh Januari hingga April 2020
Bukan penerima BSH pula akan menerima Kad95 yang akan dilaksanakan secara berperingkat pada suku pertama tahun 2020.
PSP tidak layak diterima oleh pemandu kenderaan mewah
Kerajaan turut bersedia sekiranya Sabah dan Sarawak meminta untuk menyertai PSP

SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI (PSP) ONLINE

Subsidi PSP ini dijangka dapat memberi manfaat kepada 2.9 juta penerima dengan tanggungan perbelanjaan sejumlah RM65.4 juta setiap bulan.

Berikut dikongsikan maklumat penting yang merangkumi tarikh semakan dibuka, syarat kelayakan penerima subsidi PSP, pautan untuk membuat semakan serta butiran-butiran lain mengenai PSP buat rujukan semua:

GC Icon
Semakan Kelayakan PSP Program Subsidi Petrol
TARIKH PENTING PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020
Semakan kelayakan PSP 2020 akan mula dibuka pada tarikh berikut:
Tarikh Semakan PSP Dibuka
15 Oktober 2020
Tarikh pelaksanaan program PSP 2020 dimulakan iaitu tarikh subsidi mula dikreditkan adalah pada suku pertama tahun 2020:
Tarikh Pelaksanaan PSP
Januari 2020 (Akan dikemaskini)
CARA MEMBUAT SEMAKAN KELAYAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020
Semakan kelayakan PSP 2020 boleh dibuat secara atas talian menerusi pautan berikut:

SEMAKAN KELAYAKAN ONLINE PSP 2020

No 1Layari aplikasi semakan di pautan di atas dan klik SEMAK KELAYAKAN
No 2Tiba di laman seterusnya, masukkan nombor MyKad di ruangan kosong dan tandakan pada kotak persetujuan serta klik SEMAK
No 3Keputusan kelayakan akan dipaparkan dan sekiranya LAYAK, pilihan mengemaskini nombor akaun disediakan dengan klik KEMAS KINI
No 4Setelah itu pilih Nama Bank dan isikan Nombor Akaun Bank yang baru serta klik “KEMAS KINI NO. AKAUN”
No 5Pemohon dikehendaki memasukkan No. Akaun BSH Terdahulu sebagai pengesahan maklumat dan klik OK
No 6Pilih Maklum Balas iaitu jenis bantuan atau ingin menolak bantuan dan klik SIMPAN untuk melengkapkan proses semakan
NotaSekiranya status TIDAK LAYAK, sila buat permohonan rayuan seperti panduan di bawah:
Klik LinkPermohonan Rayuan PSP
SYARAT DAN KRITERIA PROGRAM SUBSIDI PETROL 2020
Penerima PSP 2020 mestilah menepati SEMUA syarat berikut:
TickPenerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah 
TickBeralamat di Semenanjung Malaysia 
TickMemilki kenderaan persendirian yang berdaftar (lesen masih sah)
TickMemiliki tidak melebihi 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja untuk setiap individu 
TickMenepati syarat kelayakan kapasiti enjin seperti berikut:
KENDERAAN MOTORKAPASITI ENJIN
Kereta
Kurang daripada atau sama dengan 1600cc
Lebih dari 1600cc dan berusia minimum 10 tahun
Motosikal
Kurang daripada atau sama dengan 150cc
Lebih dari 150cc dan berusia minimum 7 tahun
KONSEP & MEKANISME PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) 2020
Berikut dijelaskan maklumat berkaitan pelaksanaan PSP dengan lebih lanjut yang merangkumi cara pemberian, jumlah subsidi yang diberikan dan lain-lain:
No 1 CARA PEMBERIAN PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP)
 Penerima PSP akan menerima PSP melalui akaun bank secara terus
No 2 BENTUK SUBSIDI YANG DIBERIKAN
Subsidi yang diberikan adalah dalam bentuk wang ringgit (RM)
No 3 KADAR PEMBERIAN SUBSIDI
Kadar subsidi yang diterima sebulan adalah bergantung pada kombinasi jumlah kereta dan jumlah motosikal yang dimiliki setiap individu. Butirannya adalah seperti berikut:
BILANGAN KERETABILANGAN MOTOSIKALJUMLAH SUBSIDI DITERIMA
icon keretaRM Kecil30 Sebulan
icon keretaicon motosikalRM Kecil30 Sebulan 
icon kereta icon motosikalicon motosikalRM Kecil30 Sebulan 
icon keretaicon kereta  RM Kecil30 Sebulan 
icon keretaicon keretaicon motosikalRM Kecil30 Sebulan 
icon keretaicon kereta icon motosikalicon motosikalRM Kecil30 Sebulan 
 icon motosikalRM Kecil12 Sebulan 
 icon motosikalicon motosikalRM Kecil12 Sebulan 
No 4 JUMLAH SUBSIDI YANG DIBERIKAN
Jumlah subsidi yang dikreditkan ke dalam akaun bank adalah bagi tempoh empat (4) bulan terus. Untuk suku pertama tahun 2020 ia merangkumi bulan Januari hingga April 2020. Maka, jumlah yang akan diperoleh penerima adalah seperti berikut:
Jumlah subsidi kereta = RM30 x 4 bulan = RM120
Jumlah subsidi motosikal = RM12 x 4 bulan = RM48
NotaAmaun RM30 adalah kecil untuk dimasukkan ke dalam akaun penerima setiap bulan. Disebabkan itu penerima hanya akan mendapat subsidi dalam jumlah yang terkumpul setiap empat bulan 
PENJELASAN MENGENAI HAD PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) 2020
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa subsidi petrol hanya dihadkan pada kadar RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal. Berikut dikongsikan penjelasannya secara ringkas:
No 1Menurut kajian, jarak perjalanan yang lazim/biasa dilalui (perjalanan ke tempat kerja, keperluan harian dan lain-lain) adalah sejauh 1,500km sebulan (50km sehari)
No 2Berdasarkan jarak tersebut, kuota subsidi petrol yang ditetapkan adalah 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter sebulan bagi motosikal
No 3Pada masa ini, pihak kerajaan menanggung julat kadar subsidi sebanyak RM0.30 sen seliter bagi kedua-dua jenis kenderaan. Maka kiraannya adalah seperti berikut:
PERKARAKERETAMOTOSIKAL
Kuota Subsidi Petrol Sebulan 100 liter 40 liter
Kadar Subsidi SeliterRM0.30 senRM0.30 sen
Jumlah Subsidi Petrol SebulanRM0.30 sen x 100 liter = RM30.00RM0.30 sen x 40 liter = RM12.00
Harga RON95 PENGAPUNGAN HARGA RUNCIT PETROL RON95
Harga petrol RON95 akan dikekalkan pada nilai RM2.08 sehingga tarikh berikut:
Tarikh Akhir Sebelum RON95 Diapungkan
31 Disember 2019
No 1 Bermula tahun 2020, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga setara dengan harga pasaran
No 2 Subsidi petrol secara pukal masih dapat dinikmati sewaktu tempoh pengapungan semula harga jualan runcit petrol RON95 secara berperingkat ini, tetapi pada kadar yang lebih rendah
FAKTA PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) 2020
Maklumat ringkas berkaitan PSP adalah seperti berikut:
No 1 Buat masa sekarang, harga jualan runcit petrol RON95 yang dinikmati rakyat adalah dibiaya oleh subsidi Kerajaan
No 2 Maksudnya, Kerajaan membiayai subsidi setiap liter petrol RON95 yang dibeli dengan tujuan agar harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah (RM2.08 seliter)
No 3 Harga sebenar bagi petrol RON95 adalah lebih tinggi dan sentiasa berubah mengikut pasaran
No 4 Golongan yang tidak layak (syarikat komersial, kumpulan berpendapatan tinggi, warga asing) juga menikmati subsidi pukal yang ditanggung oleh kerajaan
No 5 Sebagai usaha untuk memperbaiki situasi yang tidak seimbang itu, pengenalan Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan
No 6 Melalui PSP, pengagihan subsidi secara saksama dilakukan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah
OBJEKTIF PROGRAM SUBSIDI PETROL (PSP) 2020
Pelaksanaan PSP secara amnya adalah untuk mencapai objektif berikut:
No 1 Mencapai UN Sustainable Development Goal ke-12: Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
No 2 Mengurangkan kesan terhadap kos sara hidup serta menghulurkan bantuan khususnya buat golongan berpendapatan rendah
No 3 Merendahkan beban fiskal
No 4 Ketirisan subsidi petrol dapat dikurangkan
No 5 Menggalakkan pengguna untuk menjadi lebih cermat dan prihatin terutamanya dalam penggunaan petrol. perbelanjaan harian dan penggunaan pengangkutan awam
SOALAN LAZIM (FAQ) & MAKLUMAT LANJUT
 Untuk mengetahui soalan-soalan yang sering ditanya mengenai PSP, klik pada pautan di bawah:
Klik Link SOALAN LAZIM (FAQ) PSP 2020
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik laman Facebook rasmi di bawah:
TickAlamat KPDNHEP :
Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna,
No. 13, Persiaran Perdana,
Presint 2,62623 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya
TickTalian KPDNHEP : 1-800-88-6800
Klik LinkLaman Facebook Rasmi KPDNHEP
Close