Semakan keputusan kemasukan anak ke prasekolah 2021 KPM

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Semakan keputusan kemasukan anak ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2021 boleh dilakukan oleh Ibu bapa / penjaga yang telah membuat permohonan sebelum tarikh tutup secara dalam talian (online) ataupun manual melalui sekolah yang dimohon boleh di semak pada sekitar bulan Ogos.

Pendidikan prasekolah penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Kanak-kanak perlu mendapat pendidikan asas yang berkualiti agar mereka terus berjaya dalam pendidikan yang dialami pada peringkat yang lebih tinggi kelak.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ANAK KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021

Berikut merupakan maklumat berhubung dengan semakan permohonan kemasukan kanak-kanak ke pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2021.

Terdapat dua mekanisme atau kaedah bagi membuat semakan iaitu, bagi ibu bapa / penjaga yang membuat permohonan secara dalam talian (online) boleh membuat semakan melalui laman e-prasekolah yang sama semasa membuat permohonan sebelum ini.

Bagi ibu bapa / penjaga yang membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang di mohon, semakan boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon yang berkenaan.

GC Icon
Semakan keputusan kemasukan anak ke prasekolah KPM
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM
DibukaDitutup
5 Ogos 2020
Dalam Proses
Tarikh tepat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, GCarian akan kemaskini dengan kadar segera.
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM SECARA ONLINE
No 1Bagi Ibu / bapa / penjaga  yang membuat permohonan secara dalam talian (online) boleh membuat semakan melalui laman aplikasi E-Prasekolah KPM, sila klik pada pautan di bawah.

SEMAKAN E-PRASEKOLAH

No 2Ibubapa atau penjaga hanya perlu log masuk (log in) ke dalam Sistem E-Prasekolah dengan mengunakan (No mykad / id pengguna dan Kata Laluan – Pendaftaran Pengguna) yang digunakan semasa membuat permohonan sebelum ini.
No 3Kemudian, klik pada butang capaian menu Semakan untuk menyemak status keputusan permohonan.
Ringkasan Langkah Semakan
Log Masuk » Semakan » Semakan Permohonan
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PRASEKOLAH 2021 KPM MANUAL
Bagi ibu ibu / penjaga yang membuat permohonan secara manual melalui sekolah yang di mohon, semakan boleh dilakukan melalui sekolah yang dimohon yang berkenaan bermula pada tarikh yang telah dinyatakan
PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN ANAK KE PRASEKOLAH KPM TAHUN 2021
Bagi yang tidak berjaya, ibu bapa boleh mengemukakan permohonan rayuan, berikut merupakan maklumat yang berkaitan.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN PRASEKOLAH 2021 KPM
DibukaDitutup
5 Ogos 2020
20 Ogos 2020
Tarikh tepat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, GCarian akan kemaskini dengan kadar segera.
INFO PERMOHONAN RAYUAN PRASEKOLAH 2021 KPM 
No 1Bagi permohonan secara dalam talian (Online), permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah (Pastikan id pengguna dan katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah id dan katalaluan yang sama semasa permohonan dibuat) atau melalui sekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.
No 2Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa/penjaga melaluisekolah/institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau PPD/PPW/JPN.
No 3Tatacara permohonan rayuan secara online adalah sama seperti membuat semakan status permohonan. Sila ikuti arahan yang dinyatakan dalam laman aplikasi e-Prasekolah.
Info LainPANDUAN BERKAITAN
Klik LinkMaklumat Lengkap Proses Permohonan Prasekolah
Close