Semakan UKCG temuduga dan keputusan tawaran PISMP IPG 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Berikut adalah maklumat alternatif kepada calon-calon (pemohon) lepasan SPM yang telah membuat permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2020 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibuka pada tarikh yang akan diumumkan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon yang berjaya dalam permohonan dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh masa.

Pemohon yang lulus PPISMP tersebut akan diberikan Sijil Tamat PPISMP seterusnya ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh sepenuh masa.

PISMP-IPG

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN PISMP DI IPG 2020

GC-Icon
semakan-pismp-ipg-ukcg
Info
Di bawah merupakan maklumat peringkat semakan bagi pemohon yang terbabit dengan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2020.
Perkara-perkara yang berkenaan telah dinyatakan melalui kalendar aktiviti permohonan PISMP di Portal Rasmi Permohonan PISMP.
Justeru, GCarian akan serta maklumat berkaitan berdasarkan perkara yang terkandung dalam kalendar aktiviti tersebut.
TINDAKAN PEMOHON SELEPAS PERMOHONAN PISMP 2020 DITUTUP
Tarikh: Dalam-Proses Tarikh: Dalam-Proses
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG  Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM
Tarikh: Dalam-Proses Tarikh: Dalam-Proses
Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum
 Semakan tawaran calon berjaya
Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
Tarikh: Dalam-Proses
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)
Tarikh dan perkara yang dinyatakan seperti di atas adalah sebagai panduan calon dan ianya masih tertakluk kepada perubahan. Calon disarankan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman Portal Rasmi PISMP,  https://pismp.moe.gov.my atau melayari Portal Rasmi KPM www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.
PORTAL RASMI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
PISMP 2020

PERINGKAT-PERINGKAT SEMAKAN PISMP 2020

TARIKH DAN SEMAKAN UKCG | UJIAN KELAYAKAN CALON GURU
Dibuka Ditutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Tarikh semakan UKCG  2020 akan dimaklumkan. Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.
Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada terpilih untuk menduduki UKCG. Maklumat UKCG boleh didapati dalam portal rasmi PISMP.
TARIKH DAN SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA
Dibuka Ditutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Tarikh semakan panggilan temuduga  sesi 2020 akan dimaklumkan. Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.
Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada terpilih untuk ditemuduga. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sistem tersebut. Butiran tarikh dan tempat temuduga akan dinyatakan dalam Surat Panggilan Temu Duga berkenaan.
TARIKH DAN SEMAKAN TAWARAN BERJAYA | PISMP
Dibuka Ditutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Tarikh semakan Semakan tawaran calon berjaya dalamProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diumumkan. Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.
Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada berjaya atau tidak. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sistem berkenaan. Surat Tawaran Rasmi pula boleh didapati selepas calon melapor diri di IPG yang ditetapkan
PENDAFTARAN CALON BERJAYA DALAM PERMOHONAN PISMP
Tarikh
Dalam-Proses
Pendaftaran calon berjaya di Institut Pendidikan Guru (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran).
Close