Semakan ujian MEdSI Universiti Awam 2024-2025 dan temuduga UPSI

Semakan menduduki ujian MEDSI adalah bagi calon-calon lepasan STPM / Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sesi akademik 2023/2024. Maklumat sesi akademik 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Semakan menduduki ujian MEDSI telah diselaraskan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memudahkan calon-calon membuat semakan.

Selain UPSI, Universiti Awam (UA) yang terlibat dengan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah UUM, UPM, UM, UiTM, UTHM, USM, UKM dan UIAM. Calon-calon yang terbabit dengan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UA berkenaan boleh membuat Semakan menduduki ujian MEDSI dengan menggunakan sistem semakan yang disediakan oleh UPSI.

Semakan Menduduki Ujian MEdSI Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan suatu ujian pemilihan sebagai syarat kelayakan kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Ujian MEdSi bertujuan untuk mengetahui keupayaan calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi. Perkara-perkara dalam soalan Medsi telah digubal oleh Jawatankuasa Panel Penggubal Medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia.

Tarikh semakan Ujian Medsi telah dinyatakan melalui tarikh-tarikh penting yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang dahulunya dikenali dengan nama UPU.

Tarikh Semakan Menduduki Ujian MEDSI

DIBUKA : 25 Mei 2023

DITUTUP :

Tarikh semakan menduduki Ujian MEDSI akan dimaklumkan oleh UPSI.

Sistem Aplikasi Semakan Menduduki Ujian MEDSI

Semakan menduduki Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) sesi akademik 2023/2024 boleh disemak melalui sistem semakan UPSI , sila klik pada judul pautan di bawah.

  • Sistem aplikasi semakan ujian MEdSi sesi akademik 2023 / 2024 hanya akan dibuka bermula pada tarikh yang dinyatakan diatas. Calon-calon yang terlibat hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada layak untuk menduduki Ujian MEDSI.

Tarikh Semakan Menduduki Temuduga Bukan Pendidikan (UPSI)

DIBUKA : 16 Mei 2023

DITUTUP :

Tarikh semakan menduduki temuduga bukan pendidikan akan dimaklumkan oleh UPSI.

Sistem Aplikasi Semakan Menduduki Temuduga Bukan Pendidikan (UPSI)

Semakan menduduki temuduga/ ujian khas  program pendidikan/ bukan pendidikan UPSI sesi akademik 2023/2024 boleh disemak melalui sistem semakan UPSI , sila klik pada judul pautan di bawah.

SEMAKAN TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN

  • Sistem aplikasi semakan menduduki temuduga program bukan pendidikan | ujian khas UPSI sesi akademik 2023/2024 hanya akan dibuka bermula pada tarikh yang dinyatakan di atas.Calon-calon yang terlibat hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada layak untuk menduduki temuduga.

Maklumat Lanjut