Menu Bola

Semakan ujian MEdSI Universiti Awam 2019-2020 dan temuduga UPSI

05:01 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 26 December 2018 jam 01:44 AM oleh GC.editor

Semakan menduduki ujian MEDSI adalah bagi calon-calon lepasan STPM / Setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) sesi akademik 2019/2020.

Semakan menduduki ujian MEDSI telah diselaraskan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi memudahkan calon-calon membuat semakan.

Selain UPSI, Universiti Awam (UA) yang terlibat dengan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah UUM, UPM, UM, UiTM, UTHM, USM, UKM dan UIAM. Calon-calon yang terbabit dengan permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di UA berkenaan boleh membuat Semakan menduduki ujian MEDSI dengan menggunakan sistem semakan yang disediakan oleh UPSI.

SEMAKAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) merupakan suatu ujian pemilihan sebagai syarat kelayakan kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Universiti Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Ujian MEdSi bertujuan untuk mengetahui keupayaan calon guru dari segi personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi. Perkara-perkara dalam soalan Medsi telah digubal oleh Jawatankuasa Panel Penggubal Medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia.

Tarikh semakan Ujian Medsi telah dinyatakan melalui tarikh-tarikh penting yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi yang dahulunya dikenali dengan nama UPU.

GC Icon
Check Ujian Medsi
TARIKH SEMAKAN MEDUDUKI UJIAN MEDSI
DibukaDitutup
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh semakan menduduki Ujian MEDSI akan dimaklumkan oleh UPSI.
ujian medsi
SISTEM APLIKASI SEMAKAN MENDUDUKI UJIAN MEDSI
Semakan menduduki Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) sesi akademik 2019/2020 boleh disemak melalui sistem semakan UPSI , sila klik pada judul pautan di bawah.
InfoSistem aplikasi semakan ujian MEdSi sesi akademik 2019 / 2020 hanya akan dibuka bermula pada tarikh yang akan diberitahu kelak
Calon-calon yang terlibat hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada layak untuk menduduki Ujian MEDSI.
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MEDSI DAN PANGGILAN TEMUDUGA PENDIDIKAN
Calon-calon yang telah menduduki Ujian MEDSI boleh membuat semakan keputusan Ujian MEDSI. Bagi calon yang berjaya dalam Ujian MEDSI akan dipanggil untuk ditemuduga bagi bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Berikut adalah maklumat berkaitan.
TARIKH SEMAKAN SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MEDSI DAN PANGGILAN TEMUDUGA PENDIDIKAN
DibukaDitutup
Dalam Proses
Dalam Proses
Satu tarikh yang tepat semakan boleh dibuat akan dimaklumkan oleh UPSI.

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN MEDSI DAN TEMUDUGA PENDIDIKAN

InfoSistem aplikasi semakan keputusan ujian MEdSi dan panggilan temuduga sesi akademik 2019 / 2020 hanya akan dibuka bermula pada tarikh yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon yang terlibat hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada layak untuk menduduki temuduga pendidikan.
GC Icon
Check Temuduga UPSI Bukan Pendidikan
TARIKH SEMAKAN MENDUDUKI TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN (UPSI)
DibukaDitutup
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh semakan menduduki temuduga program bukan pendidikan / ujian khas 2019 akan dimaklumkan oleh UPSI.
SISTEM APLIKASI SEMAKAN MENDUDUKI TEMUDUGA BUKAN PENDIDIKAN (UPSI)
Semakan menduduki temuduga program bukan pendidikan | ujian khas UPSI sesi akademik 2019/2020 boleh disemak melalui sistem semakan UPSI , sila klik pada judul pautan di bawah.

SEMAKAN TEMUDUGA | UJIAN KHAS BUKAN PENDIDIKAN

InfoSistem aplikasi semakan menduduki temuduga program bukan pendidikan | ujian khas UPSI sesi akademik 2019/2020 hanya akan dibuka bermula pada tarikh yang akan diumumkan nanti.
Calon-calon yang terlibat hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang diminta bagi mengetahui sama ada layak untuk menduduki temuduga.

 

MAKLUMAT LANJUT
Klik Link Laman Web Rasmi Aplikasi Kemasukan UPSI