Semakan tawaran matrikulasi 2024-2025 keputusan online dan sms

Semua pelajar lepasan SPM 2023 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun pengambilan 2024 / 2025 boleh membuat semakan keputusan permohonan pada tarikh yang dikongsikan di ruangan di bawah.

Setiap tahun, pengumuman tawaran serta penempatan pelajar yang berjaya ke Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan April, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza.

Apapun, yang pasti keputusan permohonan Program Matrikulasi sesi 2024 / 2025 akan diumumkan keluar selepas keputusan SPM diumumkan.

Semakan Penempatan Keputusan Ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan dan penempatan ke Program Matrikulasi iaitu secara dalam talian (online) dan penggunaan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mencetak sendiri surat tawaran Matrikulasi kerana surat tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan penempatan tawaran Program Matrikulasi KPM sesi 2023 / 2024. Maklumat bagi sesi 2024/2025 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Tarikh Tawaran | Penempatan | Keputusan Ke Program Matrikulasi 2023

Dibuka : 26 Jun 2023

Masa : 2pm

Semakan Tawaran / Penempatan / Keputusan Ke Program Matrikulasi 2023 Secara Online

Semakan keputusan tawaran ke Program Matrikulasi KPM dan cetakan surat tawaran boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi semakan Program Matrikulasi, sila klik pada judul pautan di bawah.

Tarikh penting lain adalah seperti berikut :-

    • 26 -28 Jun 2023 : Permohonan tukar program/ jurusan/ kolej
    • 5 Julai 2023 : Keputusan pertukaran program/ jurusan/ kolej
    • 9 Julai 2023 : tarikh akhir setuju terima kemasukan
    • akan dikemaskini : Pendaftaran ke Kolej Matrikulasi dan sila pastikan semua barang-barang sudah lengkap
    • 26 hingga 7 Julai 2023 : Permohonan rayuan
    • akan dikemaskini : Keputusan rayuan
    • akan dikemaskini : Pendaftaran pelajar rayuan

Semakan Tawaran / Penempatan / Keputusan Ke Program Matrikulasi 2023 Secara Sms

Tiada semakan secara SMS disediakan

Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

  • Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
  • Contoh: MOE MAT 990217035442 sms ke 15888

Semakan melalui SMS hanya memaklumkan status keputusan sahaja. Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM hendaklah mencetak sendiri surat tawaran Matrikulasi melalui sistem aplikasi semakan Matrikulasi kerana surat tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

Pautan Lampiran Info Berkaitan Program Matrikulasi KPM

Related : tawaran ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm
caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
nota kelewatan penerimaan sms mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi
16 hingga 23 julai 2022
spm ke program matrikulasi kementerian pendidikan malaysia kpm
lepasan sijil pelajaran malaysia spm
berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan
2016 14 hingga 26 april 2016
rayuan pertukaran jurusan kolej 16-18 julai 2022
applikasi semakan keputusan tawaran setuju terima
pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan
2017 27 april hingga 11 mei 2017
moe jarak mat jarak no.k.p dan hantar kepada 15888
membuat semakan keputusan tawaran setuju terima
meliputi tarikh penting cara semakan