Semakan tawaran matrikulasi 2020-2021 keputusan permohonan

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Semua pelajar lepasan SPM 2019 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun pengambilan 2020 / 2021 boleh membuat semakan keputusan permohonan pada tarikh yang akan diumumkan.

Setiap tahun, pengumuman tawaran serta penempatan pelajar yang berjaya ke Program Matrikulasi di Kolej Matrikulasi akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan April, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza.

Apapun, yang pasti keputusan permohonan Program Matrikulasi sesi 2020 / 2021 akan diumumkan keluar pada bulan April 2020.

SEMAKAN TAWARAN PENEMPATAN KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2020 / 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan dan penempatan ke Program Matrikulasi iaitu secara dalam talian (online) dan penggunaan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah mencetak sendiri surat tawaran Matrikulasi kerana surat tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian (online) sepenuhnya.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan penempatan tawaran Program Matrikulasi KPM sesi 2020 / 2021.

GC Icon
Check Result Matrik 2018 SMS
TARIKH TAWARAN | PENEMPATAN | KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI 2020
DibukaDitutup
Dalam Proses
Dalam Proses
SEMAKAN TAWARAN / PENEMPATAN / KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI 2020 SECARA ONLINE
Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi KPM dan cetakan surat tawaran boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi semakan Program Matrikulasi, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkSistem Aplikasi Semakan Keputusan | Penempatan | Tawaran | Program Matrikulasi KPM Sesi 2020 / 2021
InfoSistem semakan tawaran keputusan Program Matrikulasi KPM sesi 2020/2021 hanya akan dibuka pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan.
InfoAdalah dimaklumkan bahawa pengumuman keputusan calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi 2020-2021 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian iaitu pada (akan dikemaskini)
InfoBagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan bermula dari (akan dikemaskini) sehingga (akan dikemaskini)
SEMAKAN TAWARAN / PENEMPATAN / KEPUTUSAN KE PROGRAM MATRIKULASI 2020 SECARA SMS
Semakan keputusan permohonan ke Program Matrikulasi KPM melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888
Contoh: MOE MAT 990217035442 sms ke 15888
InfoSemakan melalui SMS hanya memaklumkan status keputusan sahaja. Pelajar yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM hendaklah mencetak sendiri surat tawaran Matrikulasi melalui sistem aplikasi semakan Matrikulasi kerana surat tawaran akan dikeluarkan secara dalam talian (online) sepenuhnya.
PAUTAN LAMPIRAN INFO BERKAITAN PROGRAM MATRIKULASI KPM
Klik LinkCara Buat Permohonan Rayuan Matrikulasi
Klik LinkSoalan-Soalan Lazim Kemasukan Pelajar Ke Program Matrikulasi KPM
Close