Menu Bola

Semakan keputusan ILKBS (IKBN) 2019 tawaran sesi Januari

23:56 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 December 2018 jam 11:08 PM oleh GC.editor

Salah satu cara untuk mengukur kehebatan sesebuah negara maju adalah dengan melihat kualiti yang ada pada belia mereka. Sehubungan dengan itu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah mewujudkan Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) untuk melahirkan belia yang berkebolehan untuk diserap dalam industri dalam dan luar negara. ILKBS akan memberikan latihan amali serta praktikal kepada belia yang berminat kemudian mereka yang berjaya akan diserap untuk diambil bekerja.

KBS telah meluaskan lagi penubuhan ILKBS ke serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak serta menambah baik sistem yang sedia ada. Di bawah ILKBS terdapat tiga institut iaitu Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akedemi Kemahiran Belia Golf (IKBG). Dari tahun ke tahun idea ini mendapat sambutan dan ia merupakan petanda positif dari rakyat.

Kemasukan ke ILKBS adalah terbuka kepada rakyat Malaysia. Permohonan akan dibuka dua kali setahun. Oleh itu, kepada belia di luar sana yang berminat dan berkelayakan untuk menyertai ILKBS sila berbuat demikian dengan membuat pendaftaran pada tarikh yang ditetapkan.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN ILKBS (IKBN) SESI JANUARI 2019

Bagi memudahkan belia yang sudah membuat permohonan untuk kemasukan ke IKBN sesi Januari, berikut dikongsikan cara membuat semakan permohonan, tarikh penting dan info penting berkaitan ILKBS:

GC Icon
Semakan keputusan ILKBS IKBN
TARIKH SEMAKAN TAWARAN ILKBS SESI JANUARI 2019
TARIKH BUKATARIKH TUTUP
29 November 201812 Disember 2018
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE ILKBS SESI JANUARI
Berikut merupakan pautan untuk membuat semakan kemasukan ke ILKBS sesi Januari 2019:

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN

Sila log masuk ke akaun portal rasmi ekampus masing-masing dan buat semakan keputusan
Jika terdapat sebarang permasalahan sila hubungi pihak ILKBS
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILKBS  SESI JANUARI 2019
TarikhPerkara
8 Okt – 9 Nov 2018Sistem permohonan ke ILKBS dibuka dan ditutup pada tarikh ini.
15 Nov 2018Panggilan temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
29 Nov 2018Semakan keputusan kemasukan ke ILKBS sesi Januari
29 Nov – 12 Dis 2018Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak
29 Nov – 12 Dis 2018Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan
Minggu ketiga Dis 2018Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILKBS
7 Januari 2019Pendaftaran untuk kemasukan Januari ke ILKBS
Sebarang perubahan tentang tarikh di atas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa
PERTANYAAN
Sebarang persoalan mengenai pendaftaran ke ILKBS boleh dibuat dengan cara berikut:
Sila hubungi nombor ini jika terdapat sebarang pertanyaan: 03 8871 3685 / 03 8871 3646 / 03 8871 3690
Atau boleh layari pautan berikut:
Klik LinkPortal Rasmi Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, ILKBS