Semakan keputusan ILJTM 2024 online tawaran ILP ADTEC JMTI

Sektor pembangunan industri dalam negara kita semakin berkembang pesat. Sehubungan itu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah diwujudkan. Ia menyediakan pelbagai kemahiran untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menambah kemahiran mereka. Dengan adanya kursus seperti di ILJTM akan memudahkan rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan.

Bagi memenuhi keperluan ini, kerajaan telah mewujudkan 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 buah pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILJTM telah menyediakan pelbagai kursus bermula daripada peringkat sijil hingga ke ijazah bergantung pada pusat latihan. Kemasukan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang dibuka 2 kali setahun iaitu pada sesi 1 dan sesi 2. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan sebelum membuat permohonan.

Semakan Keputusan Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2024 Secara Online

Bagi memudahkan pemohon berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan ke ILJTM:

Cara Membuat Semakan Ke ILJTM 

Untuk membuat semakan kemasukan ke ILP, ADTEC & JMTI secara online sila layari pautan berikut dan ikut langkah-langkah berikut:

SEMAKAN ONLINE KE ILJTM

  • Sila masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda dan tekan butang semak
  • Sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan yang betul

Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 1/2024

TarikhPerkara
25 Oktober – 24 November 2023Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini.
30 November – 4 Disember 2023/ 5 – 6 Disember 2023Semakan Temuduga Dan Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
20 Disember 2023Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 1 2024
20 Disember 2023 – 3 Januari 2024Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak
Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan
Semakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM
29 Januari 2024Pendaftaran untuk kemasukan Sesi 1 ke ILJTM

Tarikh Penting Kemasukan Ke ILJTM Sesi 2/2024

TarikhPerkara
4 Mac – 14 Mei 2024Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Permohonan adalah melalui UPU online
15 Mei 2024Semakan panggilan temuduga untuk program yang memerlukan temuduga
20 – 24 Mei 2024Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
26 Jun 2024Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi 2/2024
26 Jun – 5 Julai 2024Cetakan Surat Tawaran
5 Julai 2024Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak (Tarikh Akhir Maklumbalas Tawaran)
Tempoh Rayuan Kemasukan (Terus ke ILJTM) – tertakluk kepada kekosongan tempat
26 Jun – 5 Julai 2024Semakan surat tawaran
22 Julai 2024Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2/2024

Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Sebarang semakan hanya dibuat melalui atas talian sahaja. Tiada surat menyurat.

Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Tarikh RASMI dan sebarang perubahan pada tarikh akan dikongsikan dari masa kesemasa

Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM 

Pautan di bawah merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM  sesi Januari:

PERMOHONAN ONLINE SESI JANUARI

Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Cara Membuat Permohonan Ke ILJTM

Turut dikongsikan adalah pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi julai:

PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE SESI JULAI

Sila layari pautan di atas untuk membuat permohonan kemasukan sesi Julai. Sistem hanya di buka mengikut tarikh yang ditetapkan.

Untuk permohonan melalui UPUskill sila layari pautan berikut:

https://online.moe.gov.my/upu/skills/

Untuk pengambilan pelajar baharu sesi Ogos ke ILJTM bagi calon CBBPDBKP penjawat awam tajaan JPA sila layari pautan berikut:

Calon CBBPDBKP

Permohonan khas kemasukan ke ADTEC Shah Alam untuk kursus pra-diploma & diploma teknologi kejuruteraanpenyelenggaraan kapal terbang boleh dibuat dengan melayari pautan berikut:

ADTEC Shah Alam