Semakan keputusan ILJTM 2020 online tawaran ILP ADTEC JMTI

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Sektor pembangunan industri dalam negara kita semakin berkembang pesat. Sehubungan itu Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) telah diwujudkan. Ia menyediakan pelbagai kemahiran untuk rakyat Malaysia yang berminat untuk menambah kemahiran mereka. Dengan adanya kursus seperti di ILJTM akan memudahkan rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan.

Bagi memenuhi keperluan ini, kerajaan telah mewujudkan 22 Institut Latihan Perindustrian (ILP), 4 buah pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI). ILJTM telah menyediakan pelbagai kursus bermula daripada peringkat sijil hingga ke ijazah bergantung pada pusat latihan. Kemasukan adalah terbuka kepada rakyat Malaysia.

Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM yang dibuka 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan sebelum membuat permohonan.

SEMAKAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE ILJTM SESI JANUARI 2020 SECARA ONLINE

Bagi memudahkan pemohon berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan keputusan kemasukan ke ILJTM:

GC Icon
Semakan keputusan ILJTM min
CARA MEMBUAT SEMAKAN KE ILJTM 
Untuk membuat semakan kemasukan ke ILP, ADTEC & JMTI secara online sila layari pautan berikut dan ikut langkah-langkah berikut:

SEMAKAN ONLINE KE ILJTM

Sila masukkan nombor kad pengenalan 12 digit anda dan tekan butang semak
Sila pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan yang betul
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILJTM SESI JANUARI  2020
TarikhPerkara
27 Sept – 25 Okt 2019Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini.
1 Nov 2019 & 5/6 Nov 2019Semakan Temuduga Dan Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
28 Nov 2019Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi Januari
28 Nov – 6 Dis 2019Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak
Dalam ProsesBagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan
Dalam ProsesSemakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM
1 Jan 2020Pendaftaran untuk kemasukan Januari ke ILJTM (untuk Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu)
2 Jan 2020Pendaftaran untuk kemasukan Januari ke ILJTM negeri-negeri lain
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Tarikh RASMI dan sebarang perubahan pada tarikh akan dikongsikan dari masa kesemasa
TARIKH PENTING KEMASUKAN KE ILJTM SESI JULAI 2020
TarikhPerkara
28 Feb – 31 Mac 2020Sistem permohonan ke ILJTM dibuka dan ditutup pada tarikh ini. Permohonan adalah melalui UPU online
10 April 2020Semakan panggilan temuduga untuk program yang memerlukan temuduga
14 – 15 April 2020Temuduga bermula untuk program yang memerlukan temuduga
13 Mei 2020Semakan keputusan kemasukan ke ILJTM sesi Julai
18 – 22 Mei 2020Pemohon yang berjaya perlu membuat pengesahan terima atau menolak
13 Mei – 26 Jun 2020Bagi pemohon yang tidak berjaya sila buat rayuan kemasukan
Akan dikemaskiniSemakan keputusan rayuan kemasukan ke ILJTM
28 / 29 Jun 2020Pendaftaran untuk kemasukan Julai ke ILJTM
Tarikh penting di atas boleh berubah mengikut ketetapan pihak atasan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan. Sebarang semakan hanya dibuat melalui atas talian sahaja. Tiada surat menyurat.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILJTM 
Pautan di bawah merupakan pautan untuk membuat permohonan kemasukan ke ILJTM  sesi Januari:

PERMOHONAN ONLINE SESI JANUARI

Sistem hanya akan dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KE ILJTM 
Turut dikongsikan adalah pautan untuk membuat permohonan kemasukan sesi julai:

PERMOHONAN MELALUI UPUONLINE SESI JULAI

Sila layari pautan di atas untuk membuat permohonan kemasukan sesi Julai. Sistem hanya di buka mengikut tarikh yang ditetapkan.
Untuk permohonan melalui UPUskill sila layari pautan berikut:
Klik Linkhttps://online.moe.gov.my/upu/skills/
Untuk pengambilan pelajar baharu sesi Julai ke ILJTM bagi calon CBBPDBKP penjawat awam tajaan JPA sila layari pautan berikut:
Klik LinkCalon CBBPDBKP
Permohonan khas kemasukan ke ADTEC Shah Alam untuk kursus pra-diploma & diploma teknologi kejuruteraanpenyelenggaraan kapal terbang boleh dibuat dengan melayari pautan berikut:
Klik LinkADTEC Shah Alam
Close