Semakan Keputusan IKM KKTM MJII 2020 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan pada 1 Mac 1966 bertujuan untuk membantu bumiputra bagi memajukan taraf ekonomi dan sosial mereka. Penubuhannya juga bagi membantu anak muda bumiputra yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Atas dasar tersebut MARA juga telah mewujudkan institusi pendidikan di bawah kelolaan sendiri bagi membantu anak muda bumiputra mencapai cita-cita mereka.

Antara institusi di bawah kelolaan MARA adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). Penubuhannya adalah untuk memberi pendidikan dan latihan kepada pelajar bumiputra bagi mengisi kekosongan dalam industri kini. Sebanyak 10 buah KKTM dan 14 IKM telah dibina bagi memenuhi hasrat ini.

IKM menawarkan pengajian di peringkat sijil dan KKTM pula menawarkan pengajian di peringkat diploma. Institusi pendidikan MARA telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi. Oleh itu, graduan daripada mana-mana institusi MARA berpeluang membina kerjaya mereka. Bagi mereka yang kurang berkemampuan pihak MARA ada menyediakan biasiswa bagi mereka yang berkelayakan.

SEMAKAN KEPUTUSAN IKM KKTM DAN MJII ONLINE SESI JANUARI 2020 DAN OGOS / NOVEMBER 2020

Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian di institut MARA seperti IKM, KKTM dan MJII anda boleh membuat permohonan kemasukan pada tarikh yang ditetapkan untuk sesi Januari dan Oktober setiap tahun. Bagi mereka yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan secara online seperti cara atau kaedah yang akan dikongsikan:

GC Icon
Semakan kemasukan ikm kktm mjii
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN KE IKM KKTM DAN MJII SESI JANUARI 2020
BukaJam
5 – 30 September 2019
12:00 tengah hari
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan kesemua IKM KKTM dan MJII selain KKTM Kuantan, Ledang, Petaling Jaya dan MJII Beranang. Sistem hanya dibuka pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja
TARIKH SEMAKAN PERMOHONAN KE IKM KKTM DAN MJII SESI OGOS / NOVEMBER 2020
BukaJam
5 Jun 2020
12:00 tengah hari
Tarikh di atas adalah untuk kemasukan ke MJII KKTM dan IKM. Sistem hanya dibuka pada tarikh dan waktu yang ditetapkan sahaja. Rayuan boleh dibuat mulai 5 Jun 2020 hingga 10 Jun 2020 dan keputusan semakan rayuan boleh dibuat mulai 20 jun 2020 hingga 30 Jun 2020
CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN KE IKM KKTM MJII SESI JANUARI 2020 DAN OGOS / NOVEMBER 2020
NotaSila masukkan no kad pengenalan anda kemudian tekan butang semak

SEMAKAN PERMOHONAN ONLINE KE IKM KKTM MJII

SYARAT AM KELAYAKAN
Program SijilDiploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi lepasan SPM 2013 dan ke atas wajib lulus sejarahLulus SPM atau setara  atau lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA ≥ 2 (Permohonan lepasan IKM hanya memerlukan kepujian Bahasa Malaysia sahaja di peringkat SPM)
Berumur 18-40 tahunBerumur 18-40 tahun
Tiada masalah kesihatanTiada masalah kesihatan
Tidak buta warnaTidak buta warna
BumiputraBumiputra
WarganegaraWarganegara
PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui cara berikut:
Klik LinkPortal Rasmi TVETMARA
Unit Pengambilan Pelajar,
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA,
Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA 21, Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur
Telefon: +60 3 2613 4258
Close