Semakan Status Bantuan Harapan Negara 2019 Dan Tarikh Pembayaran

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh

Angkatan Tentera Malaysia adalah pihak yang memikul tanggungjawab terhadap pertahanan negara dan merangkumi tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Dengan kewujudan ATM, kita sebagai rakyat Malaysia dapat hidup dengan selamat daripada ancaman anasir luar.

Oleh itu, demi mengenang jasa dan pengorbanan ATM, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengumumkan bahawa Bantuan Harapan Negara  (BHN) 2019 akan diagihkan kepada veteran ATM yang belum dan sudah berpencen. BHN 2019 ini merupakan inisiatif baru yang menjadi pengganti bagi Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia 2013 (SVTB1M) dan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017.

Sebanyak RM79.6 juta peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan untuk pelaksanaan BHN 2019 yang mana mereka yang memenuhi syarat kelayakan boleh membuat permohonan mulai 14 April 2019 hingga 1 Oktober 2019. Buat yang sudah melengkapkan dan menghantar permohonan, mereka boleh membuat Semakan Status Bantuan Harapan Negara 2019 dan bagi yang berjaya, BHN 2019 akan diagihkan pada Tarikh Pembayaran yang ditetapkan.

Pengumuman terkini yang dibuat oleh Menteri Pertahanan menyatakan bahawa BHN 2019 akan diagihkan kepada penerima sebanyak RM500 seorang. Seramai 95,111 Veteran ATM akan menerima bayaran bantuan peringkat pertama ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM47.5 juta tidak kira veteran tersebut sudah berpencen ataupun tidak. Manakala bagi pembayaran peringkat kedua, pengagihannya dilaporkan akan dilaksanakan dalam bulan Oktober 2019 nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN HARAPAN NEGARA BHN 2019 ONLINE DAN TARIKH PEMBAYARAN

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara-cara membuat Semakan Status Bantuan Harapan Negara 2019 dan Tarikh Pembayaran yang akan diumumkan secara berperingkat:

GC Icon
Semakan Bantuan Harapan Negara 2019
TARIKH SALURAN BANTUAN HARAPAN NEGARA 2019
Berikut adalah tarikh di mana pembayaran bantuan peringkat pertama akan mula diberikan
Mulai
27 Mei 2019
CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BANTUAN HARAPAN NEGARA 2019
Semakan Status Bantuan Harapan Negara 2019 boleh dibuat dengan cara:
Abjad ASECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

SEMAKAN STATUS ONLINE BHN 2019

Klik Butang Semakan
Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Tentera  serta isikan Kod Pengesahan dalam ruang yang disediakan dan klik Hantar
SYARAT DAN KRITERIA BANTUAN HARAPAN NEGARA 2019
No 1Pemohon merupakan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
No 2Mempunyai Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum/pada 31 Disember 2019 
No 3Pemohon bermastautin di Malaysia 
No 4Pemohon adalah Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan
No 5Adalah perlu membuat permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 bagi
No 6Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017
No 7Bakal Veteran ATM (TTP sebelum /pada 31 Disember 2019) 
No 8Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah (B40)
NotaBantuan tidak dipanjangkan kepada duda/balu/tanggungan/waris 
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:
TickJabatan Hal Ehwal Vateren ATM, 301 Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50802 Kuala Lumpur, Malaysia
TickCall Centre BHN Hot Line: 03 2697 6600
Klik LinkPortal Rasmi BHN di Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV)
Klik LinkSoalan Lazim (FAQ)