Menu Bola

Permohonan Semak Semula Keputusan Peperiksaan PT3

17:15 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 16 December 2018 jam 05:20 PM oleh GC.editor

Pelajar-pelajar tingkatan 3 yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2018 boleh mendapatkan keputusan mulai 13 Disember 2018 di sekolah masing-masing. Syabas dan tahniah buat mereka yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Bagi mereka yang kurang bernasib baik atau tidak berpuas hati dengan keputusan yang dimiliki, anda berpeluang untuk membuat semakan semula keputusan PT3.

PT3 adalah sebuah penilaian di tingkatan 3 yang menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR)  bermula tahun 2014. Ianya merupakan salah satu daripada komponen di bawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana pelajar akan ditaksir untuk menilai pencapaian akademik di peringkat menengah rendah iaitu tingkatan 3. Penilaian ini termasuklah ujian bertulis, ujian lisan dan juga melalui pelbagai instrumen bagi subjek-subjek tertentu.

Bagi makluman semua, penyemakan semula peperiksaan tertakluk kepada dasar iaitu Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998. Di bawah Bahagian III Perkara 14 – Penyemakan Semula menyatakan mana-mana calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh, tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu, memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaanya itu.

Permohonan di bawah subperaturan tersebut hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee. Pembayaran fee pula terletak di bawah Bahagian II Perkara 7 yang menerangkan bahawa fee atau yuran hendaklah dibayar bagi maksud-maksud yang berikut antaranya ialah bagi tujuan penyemakan semula keputusan peperiksaan.

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan PT3 serta dokumen yang diperlukan beserta pautan borang semak semula dan maklumat selanjutnya:

GC Icon
Semakan Semula Keputusan PT3
TARIKH PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3
BukaTutup
13 Disember 2018
Tidak melebihi 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan
NotaSebarang permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima
CARA MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan panduan serta borang permohonan semak semula PT3:

BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3

Sila muat turun borang semak semula keputusan PT3 di pautan di atas dan isikan maklumat yang diperlukan 
Borang juga boleh didapati di sekolah dan Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing
PENGHANTARAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar bersama-sama dokumen berikut:
No 1Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (Resit bayaran akan dikeluarkan oleh JPN selepas rekod e-Terimaan dibuat)
No 2Salinan Pernyataan Keputusan (yang telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
Dokumen-dokumen tersebut beserta borang semak semula hendaklah di hantar ke:
Abjad ACalon Sekolah : 
Pengetua sekolah di mana keputusan PT3 calon dikeluarkan
Abjad BCalon Persendirian:
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
Jabatan Pendidikan Negeri (Negeri calon menduduki PT3)
(u.p:Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan)
YURAN (FEE) PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3
No 1Yuran (Fee) hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan juga calon persendirian
No 2Yuran (Fee) bagi semakan semula keputusan PT3 adalah RM50.00 bagi setiap satu mata pelajaran
No 3Yuran (Fee) hendaklah dibayar dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Cek persendirian tidak akan diterima
PENGURUSAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3
Abjad APermohonan bagi calon sekolah akan diuruskan oleh pihak sekolah
Abjad BPermohonan calon persendirian pula akan diuruskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
KEPUTUSAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PT3
Keputusan bagi permohonan semakan semula keputusan PT3 akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan diterima
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan berkaitan semak semula PT3 boleh diajukan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau di alamat seperti di bawah:
Alamat:
Lembaga Peperiksaan,
Aras 2, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604, Putrajaya, Malaysia.
Portal Rasmi:
http://lp.moe.gov.my/
Telefon / Faks:
+603-80008000
Emel:
80008000@1mocc.gov.my
Klik LinkPanduan Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 Lembaga Peperiksaan KPM