Semak Semula Keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Kolej Matrikulasi menyediakan program pra-universiti kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Apabila pelajar lepasan Matrikulasi berjaya menghabiskan pengajian mereka, mereka boleh melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Kolej-kolej Matrikulasi di seluruh Malaysia adalah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Segala modul dan pembelajaran adalah dipantau oleh pihak KPM setiap masa bagi memastikan pengajian di peringkat Matrikulasi menepati piawaian yang telah ditetapkan.

Untuk pengetahuan, terdapat dua program yang disediakan di Matrikulasi iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Program satu tahun pelajar hanya perlu menghabiskan pengajian selama dua semester manakala program dua tahun pelajar akan mengikuti pengajian selama empat semester. Keputusan peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM) boleh disemak bermula pada 5 Disember 2018 pada jam 10 pagi. Bagi pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan anda, anda boleh membuat semakan keputusan PSPM. Semakan semula hanya boleh dilakukan selepas keputusan rasmi dihebahkan.

Pelajar-pelajar yang menduduki PSPM perlu untuk mengekalkan CGPA terbaik untuk setiap semester bagi memastikan pelajar boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Setelah keputusan rasmi dikeluarkan, pelajar boleh membuat semakan semula jika mahu. Akan tetapi pelajar perlu mengisi beberapa borang dan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat permohonan semakan semula keputusan PSPM serta cara dan dokumen yang diperlukan beserta pautan borang semak semula dan panduan pengisisan:

GC-Icon
permohonan-semak-semula-keputusan-pspm
TARIKH PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PSPM
Buka Tutup
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Nota Permohonan untuk membuat semakan semula keputusan PSPM boleh dilakukan dengan muat turun borang di laman sesawang KPM atau boleh didapatkan di kolej masing-masing
CARA MENDAPATKAN BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM ONLINE
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan borang permohonan semak semula PSPM menikut kategori:

BORANG PERMOHONAN  SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM ONLINE

No-1 Sila muat turun borang semak semula keputusan PSPM dan isikan maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan
No-2 Pastikan segala maklumat adalah lengkap dan benar
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM
No-1 Pemohon mestilah mendapatkan borang permohonan semak semula keputusan PSPM secara online, melalui kolej atau di pejabat bahagian matrikulasi. Borang harus dilengkapkan
No-2 Pemohon semak semula ini hanya terbuka untuk keputusan peperiksaan Semester I dan III Sesi 2019/2020 sahaja.
No-3 Borang perlu dilengkapkan dalam dua salinan dan dihantar melalui kolej masing-masing
No-4 Subjek yang ingin disemak perlu dibayar bergantung kepada subjek tersebut
No-5 Bayaran boleh dibuat dalam bentuk Wang Pos atau Bank Draf atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan bukti pembayaran perlu disertakan dengan borang permohonan
No-6 Sebelum (akan dikemaskini) jam (akan dikemaskini) borang dan bukti pembayaran hendaklah dihantar  
No-7 Borang permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses
No-8 Keputusan semak semula akan diumumkan pada (akan dikemaskini)
PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SEMAK SEMULA KEPUTUSAN PSPM
Klik-Link Panduan Mengisi Borang Semak Semula PSPM
Klik-Link Panduan Mengisi Borang Semak Semula PSPM PDT
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan berkaitan semak semula PSPM boleh diajukan di kolej masing-masing atau di alamat seperti di bawah:
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Close