Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Kawalan KPM 2021 Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi pengambilan sesi 2021 akan dibuka kepada semua pelajar tahun 6 yang berkelayakan dan telah menduduki peperiksaan UPSR 2020 serta berminat untuk menyambung pelajaran mereka ke Tingkatan 1 di Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kepada mereka yang masih tidak tahu, sekolah kawalan merupakan sekolah-sekolah yang diwujudkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Konsep utama sekolah kawalan ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan dan memantapkan prestasi akademik pelajar dari tahap baik kepada lebih baik dan seterusnya ke tahap yang cemerlang.

Ini juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu pendidikan di negara ini bagi menandingi dan setara dengan mutu pendidikan negara maju yang lain seperti negara Jepun.

PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN 2021 SECARA ONLINE KEMASUKAN KE KAA KRK SABK SMKA 

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan sesi 2021 bagi memudahkan para pemohon. Terdapat juga beberapa info lain yang berguna untuk pemohon seperti jadual di bawah:

GC Icon
Permohonan Sekolah Kawalan 2020 Online
JENIS – JENIS SEKOLAH KAWALAN 
Berikut merupakan antara jenis-jenis Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
TickKelas Kawalan/Kelas Premier
TickSekolah Kawalan/Sekolah Rancangan Khas (SRK)/Sekolah Elit/Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN)
TickKelas Rancangan Khas (KRK)/Rancangan Khas Daerah (RKD)/Sekolah Premier
TickSekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
TickSekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
TickKelas Aliran Agama (KAA)
TARIKH PENTING PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN AMBILAN TAHUN 2021
BukaTutup
NotaTarikh adalah berbeza-beza bagi setiap negeri justeru pemohon perlu merujuk Jabatan Pendidikan Negeri untuk tarikh yang tepat
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN
No 1Bermula ambilan 2018, tiada lagi permohonan kemasukan ke Sekolah Kawalan KPM secara online melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) di pautan URLi https://public.moe.gov.my/
No 2Ibu bapa atau penjaga murid boleh membuat permohonan melalui borang permohonan manual KRK001 edaran sekolah masing-masing atau Jabatan Pendidikan Negerii. Calon dikehendaki membuat pilihan aliran sekolah dan menyerahkan borang yang telah diidi kepada guru kelas masing-masing. Tarikh borang diedarkan bergantung pada sekolah masing-masing sekitar bulan September
No 3Calon perlu melengkapkan pencapaian kokorikulum, prestasi akademik dan lengkapkan pilihan permohonan. Maklumat asas pelajar akan diambil daripada pangkalan data murid. 
No 4Pelajar yang tidak mengembalikan borang dianggap tidak berminat
MAKLUMAT SEKOLAH KAWALAN MENGIKUT NEGERI
Sebarang info lain yang berkaitan dengan Sekolah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia boleh layari pautan berikut beserta pautan Sekolah Kawalan mengikut negeri:
Klik LinkPortal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Sabah
Sarawak
Selangor
Labuan
Perlis
Pulau Pinang
Pahang
Kedah
Johor
MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI
Negeri Sembilan
Sabah
Sarawak
Selangor
Labuan
Perlis
Pulau Pinang
Kedah
Kelantan
Kuala Lumpur
Melaka
Close