Menu Bola

Ranking SBP Terbaik di Malaysia Keputusan SPM 2018

21:21 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 15 March 2019 jam 12:04 AM oleh GC.editor

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan penubuhan SBP adalah untuk membantu dan memberi peluang kepada pelajar bumiputera luar bandar untuk mendapat peluang pendidikan yang lebih baik. Namun kini, pengambilan pelajar SBP telah dibuka kepada pelajar bukan bumiputera.

Peratusan pengambilan pelajar SBP kini telah menjadi 90% untuk pelajar bumiputera dan 10% lagi untuk pelajar bukan bumiputera. Peratusan ini diguna pakai di semua SBP di Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.

Seperti sekolah asrama lain di Malaysia, waktu belajar pelajar SBP telah diaturkan dan adalah menjadi kewajipan pelajar untuk mematuhi jadual yang telah disediakan. Kemudahan belajar juga telah disediakan seperti kelas, perpustakaan, bilik ulangkaji dan banyak lagi kemudahan yang selesa. Asrama juga diwajibkan kepada semua pelajar SBP. Pelajar diberi makan dan minum sebanyak lima kali sehari dan makanan yang disediakan juga dipantau bagi memastikan pelajar mendapat makanan yang bersih dan sihat.

Pelajar SBP terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Kebanyakan SBP menyediakan aliran sains tulen dan ada beberapa SBP menawarkan subjek tambahan untuk pelajar pelajari jika mereka mahu. SBP boleh didapati diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sejak penubuhan SBP, sekolah ini telah melahirkan ramai ilmuwan, tokoh, pemimpin malah usahawan berjaya lahir dari SBP. Produk SBP ini telah menyumbang kepada masyarakat setelah mereka berjaya ketika zaman persekolahan mereka. Setiap tahun juga ramai pelajar SBP cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). SBP juga saban tahun menjadi sekolah cemerlang tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah.

Pengambilan pelajar baharu SBP boleh dilakukan secara atas talian. Pelajar yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada warga SBP boleh berbuat demikian dengan membuat permohonan secara atas talian atau berhubung dengan sekolah masing-masing. Kemasukan ke SBP adalah terhad dan pelajar yang menepati syarat yang telah digariskan akan dipanggil ke Ujian Kemasukan SBP sebelum diterima masuk sebagai pelajar SBP.

RANKING SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TERBAIK MALAYSIA UNTUK KEPUTUSAN SPM

Berikut dikongsikan senarai SBP terbaik Malaysia berdasarkan kepada Gred Purata Sekolah (GPS) hasil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2018. Turut dikongsikan adalah ranking SBP berdasarkan result SPM 2017 sebagai perbandingan:

GC Icon
Ranking SBP Terbaik di Malaysia Keputusan SPM 2018
 SENARAI RANKING SBP TERBAIK BERDASARKAN KEPUTUSAN SPM 2018/ 2017
RANKING 2018NAMA SEKOLAHGRED PURATA SEKOLAH (GPS)RANKING 2017
1Sekolah Tun Fatimah1.311
2Sekolah Seri Puteri1.3212
3Sekolah Menengah Sains Tunku Munawir1.362
4Sekolah Menengah Sains Alam Shah1.438
5SBP Integrasi Gombak1.4321
6Kolej Tunku Kursiah1.4310
7Kolej Islam Sultan Alam Shah1.445
8Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi1.4914
9Sekolah Menengah Sains Machang1.5532
10Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra1.6517
11Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang1.6523
12Sekolah Tuanku Abdul Rahman1.6627
13KoleJ Melayu Kuala Kangsar1.686
14Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor1.7019
15Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang1.7018
16Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban1.727
17Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit1.7336
18Sekolah Menengah Sains Banting1.7539
19Sekolah Sultan Alam Shah1,763
20Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud1.7615
21Sekolah Menengah Sains Selangor1.7724
22Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah1.7744
23Sekolah Menengah Sains Seri Puteri1.814
24Sekolah Dato’ Abdul Razak1.8120
25Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor1.8625
26Sekolah Menengah Sains Johor1.8628
27Sekolah Menengah Sains Muar1.9011
28Sekolah Menengah Sains Batu Pahat1.9137
29Sekolah Menengah Sains Rembau1.9238
30Sekolah Menengah Sains Kuching Utara1.9426
31Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah1.9662
32Sekolah Menengah Sains Sabah1.9716
33Sekolah Menengah Sains Tapah1.9833
34Sekolah Menengah Sains Jeli1.9834
35Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu2.009
36Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub2.0240
37Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah2.0466
38Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar2.0513
39Sekolah Menengah Sains Kepala Batas2.0767
40Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam2.0955
41Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng2.1053
42Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu2.1657
43Sekolah Menengah Sains Setiu2.1859
44Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu2.2035
45Sekolah Menengah Sains Labuan2.2554
46Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar2.2530
47Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa2.2661
48Sekolah Menengah Sains Sembrong2.2741
49Sekolah Menengah Sains Miri2.3029
50Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol2.3151
51Sekolah Menengah Sains Teluk Intan2.3258
52Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh2.3365
53Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak2.3860
54Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan2.3949
55Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu2.4045
56Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar2.4331
57Sekolah Menengah Sains Pokok Sena2.5043
58Sekolah Menengah Sains Sultan Abdul Halim2.5248
59Sekolah Menengah Sains Lahad Datu2.5447
60Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra2.5864
61Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh2.6063
62Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin2.6542
63Sekolah Menengah Sains Dungun2.6750
64Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu2.7352
65Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh2.7568
66Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan2.8622
67Sekolah Menengah Agama Pesekutuan Bentong2.9246
68Sekolah Menengah Sains Kuching2.9756