Menu Bola

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2019 Online Dan e-Rayuan

21:45 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 10 November 2018 jam 09:45 PM oleh GC.editor

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang pada asalnya hanya terbuka kepada pelajar bumiputra luar bandar sahaja. Ia bertujuan memberi bantuan pendidikan kepada pelajar bumiputra yang berkelayakan. Namun kini, pengambilan pelajar ke SBP telah terbuka kepada pelajar bumiputra dan bukan bumiputra. Anggaran 90% daripada pelajar adalah bumiputra dan selebihnya bukan bumiputra. Pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dibuka setiap tahun dan pelajar yang berminat dan berkelayakan dijemput untuk membuat permohonan.

Untuk kemasukan ke SBP pelajar yang berminat harus membuat semakan syarat kelayakan ke SBP terlebih dahulu. Ini kerana SBP berbeza dengan sekolah harian biasa di bawah kelolaan KPM di mana pelajar harus cemerlang dalam akademik dan juga aktif dalam aktiviti kokorikulum seperti sukan, persatuan dan kelab di sekolah lama. Pelajar tingkatan 1 yang layak akan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) terlebih dahulu sebagai salah satu syarat kelayakan. Pelajar akan dipanggil untuk membuat pendaftaran sekiranya melepasi syarat-syarat ini.

KPM akan memastikan kesemua pelajar di 69 buah SBP di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak terjaga kebajikannya. Kemudahan seperti asrama, perpustakaan, kelas belajar dan lain-lain sentiasa ditambah baik bagi memastikan pelajar selesa dengan persekitaran sekolah. Makan dan minum pelajar juga terjaga di mana pelajar diberi makan sebanyak 6 kali sehari. Makanan yang diberikan juga sentiasa dipantau bagi memastikan pelajar mendapat nutrisi dan diet yang seimbang.

SEMAKAN KEPUTUSAN TAWARAN DAN PENEMPATAN CALON SBP 2019 TINGKATAN 4 & E-RAYUAN

Kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan, berikut kami kongsikan cara membuat semakan keputusan kemasukan SBP untuk tingkatan 4. Dikongsikan juga, beberapa info penting berkaitan kemasukan ke SBP bagi tujuan rujukan semua:

GC Icon
semakan keputusan sbp tingkatan 4
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KE SBP AMBILAN PERTAMA DAN PERMOHONAN E-RAYUAN TINGKATAN 4
BukaTutup
25 Januari 2019
Februari 2019
Sekiranya terdapat perubahan tarikh, akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP
NotaTalian hanya akan dibuka dan boleh dilayari untuk semakan pada tarikh yang ditetapkan sahaja
No 1Pergi ke laman sesawang di atas.
No 2Masukkan Angka Giliran PBS dan klik pada butang Semakan
NotaPastikan maklumat angka giliran pemohon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 pemohon
ARAHAN KEPADA CALON BERJAYA
Jika anda berjaya, sila cetak surat tawaran berserta lampiran yang disediakan
Bawa bersama ke SBP yang telah ditetapkan pada tarikh yang ditetapkan
Pihak sekolah berhak menolak permohonan jika maklumat yang diberikan tidak benar
Tawaran yang diberikan adalah muktamad dan permohonan untuk menukar sekolah dan aliran tidak akan dilayan
ARAHAN KEPADA CALON GAGAL (PERMOHONAN E-RAYUAN)
Kepada yang gagal anda masih lagi berpeluang untuk membuat rayuan. Sistem aplikasi e-rayuan akan dibuka bermula pada tarikh hebahan keputusan SBP ambilan pertama dan permohonan e-rayuan dibuka pada hari sama dengan menggunakan aplikasi yang sama
Bagi mereka yang terlepas untuk membuat permohonan ketika sesi yang sebelum ini boleh membuat permohonan melalui aplikasi e-rayuan
CARA MENGISI PERMOHONAN E-RAYUAN

PERMOHONAN E-RAYUAN KE SBP TINGKATAN 4

No 1Masuk ke laman sesawang di atas.
No 2Klik pada sistem semakan tawaran ke SBP bagi tingkatan 4
No 3Masukkan angka giliran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
No 4Isikan maklumat yang diperlukan seperti dinyatakan dalam ruangan catatan:
Abjad AMaklumat Diri
Abjad BMaklumat Kepimpinan / Kokurikulum
Abjad CMaklumat Ibu Bapa 
Abjad DMaklumat Alamat Surat Menyurat
No 5Klik pada e-rayuan
No 6Akhir sekali, klik hantar permohonan.
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KE SBP AMBILAN KEDUA
BukaTutup
Mac 2019
Mac 2019
Tiada lagi tarikh yang tepat untuk semakan tawaran ke SBP ambilan kedua. Sebarang maklumat baru akan dikemas kini
CARA MEMBUAT SEMAKAN KEMASUKAN KE SBP AMBILAN KEDUA
NotaSistem aplikasi ini hanya akan dibuka pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. Sila klik pada pautan di bawah dan ikut arahan seperti yang ditetapkan