SAPS ibu bapa pelajar 2019 semakan keputusan peperiksaan sekolah

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Tahukah anda keputusan ujian dan keputusan markah / gred peperiksaan dalaman bagi sekolah rendah dan menengah setiap sekolah di seluruh Malaysia boleh di semak dan diketahui secara dalam talian (online) melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang merupakan sebuah sistem aplikasi dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berperanan mengumpul, menyimpan selain menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS juga diperkenalkan bagi mengelakkan permintaan yang tinggi terhadap data peperiksaan di sekolah.

Sebagai satu sistem yang berpusat, SAPS memudahkan pihak-pihak yang terlibat terutamanya guru-guru tidak perlu lagi membuat analisis dan pengiraan data secara manual sekali gus dapat menjimatkan masa. Guru kelas dan guru mata pelajaran hanya perlu memasukkan data seperti maklumat pelajar dan maklumat mata pelajaran ke dalam SAPS dan sistem tersebut akan memproses data dan menunjukkan keputusan analisa.

Selain memudahkan para guru, data-data peperiksaan yang dibekalkan ke sistem SAPS akan dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan yang terbabit untuk memperbaiki cara pengajaran bagi meningkatkan prestasi murid-murid atau pelajar di sekolah masing-masing melalui indikator analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

SAPS IBU BAPA SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH ANAK PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

Kenapa disebut SAPS Ibu Bapa? Ini kerana Ibu bapa turut mendapat kebaikan melalui sistem SAPS dimana ibu bapa boleh membuat semakan keputusan ujian peperiksaan sekolah anak masing-masing secara online sekali gus dapat memantau prestasi pembelajaran anak-anak dan secara tidak langsung terlibat dengan perkembangan pembelajaran anak mereka di sekolah.

Bagi ibu bapa atau pelajar sendiri yang mahu membuat semakan keputusan markah, gred bagi ujian dan peperiksaan dalaman sekolah, anda boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk melakukan sedemikian. Ibu bapa juga boleh memuat turun (download) slip keputusan ujian peperiksaan anak masing-masing melalui SAPS.

Di situ juga ibu bapa dapat melihat maklumat seperti kehadiran pelajar (jumlah hari), bilangan mata pelajaran pelajar mendaftar, jumlah markah, kedudukan dalam kelas / darjah, peratus gred purata serta keputusan pencapaian gred keseluruhan mata pelajaran agar dapat memantau perkembangan prestasi pelajar sekaligus boleh membantu menambah kecemerlangan para pelajar.

Sebagai rujukan dan kemudahan ibu bapa untuk mendapatkan informasi berkenaan, berikut adalah panduan ringkas berhubung dengan penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Disediakan juga pautan untuk para guru memasukkan markah para pelajar ke sistem SAPS.

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH
Bagi ibu bapa atau pelajar sendiri, sila layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dengan klik pada judul pautan di bawah.

IBU BAPA / PELAJAR

Semak Slip Peperiksaan Pelajar
Untuk para guru, sila klik pada pautan di bawah untuk memasukkan data pelajar ke dalam SAPS.
Nota Kemungkinan besar pengguna atau ibu bapa akan mengalami masalah untuk membuat capaian pada pautan di atas. Hal ini kerana kadar pengguna lain akses pautan adalah tinggi.
Sekiranya anda masih menghadapi masalah untuk mengakses sistem SAPS NKRA, pastikan anda telah memadam atau clear browsing cache di pelayar internet yang digunakan.
Jika masih tidak berjaya untuk mengakses dan paparan di pelayar internet menunjukkan Your Connection is not private”, anda perlu mengikuti panduan seperti berikut:
Abjad-A Klik butang Advanced seperti gambar di bawah:
SAPS-your-connection-is-not-private
Abjad-B Seterusnya klik butang Proceed seperti gambar di bawah untuk ke paparan seterusnya.
Proceed-with-saps-advanced
No-1 Berikut adalah muka paparan sistem SAPS ibubapa. Pengguna perlu memasukkan nombor kad penganalan atau sijil lahir anak tanpa tanda ‘-‘ :
saps-ibu-bapa-1
No-2 Pilih negeri sekolah anak anda dan nama sekolah:
saps-ibu-bapa-2
No-3 Klik butang semak laporan kemudian anda akan dibawa ke submenu seperti berikut. Pilih jenis peperiksaan yang hendak disemak.
saps-ibubapa-3
No-4 Klik Papar Slip Keputusan untuk paparan yang terperinci seperti markah setiap subjek yang diambil, gred serta markah kesuluruhan sama ada lulus atau gagal. Kedudukan dalm kelas juga dapat dilihat di sini. 
saps-ibu-bapa-4
No-5 Bagi melihat analisa peperiksaan SAPS pula yang menunjukkan keputusan bagi kesemua peperiksaan yang diambil pada tahun tersebut, sila klik butang Papar Markah Peperiksaan. Paparan seperti gambar di bawah akan ditunjukkan
analisa-keputusan-ujian-SAPS
TAKWIM PENGISIAN MARKAH PEPERIKSAAN DALAMAN SEKOLAH DALAM SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS) TAHUN 2019
Markah-markah bagi setiap peperiksaan dan ujian hanya boleh dilihat setelah para guru memasukkan markah ke dalam sistem. Kemasukan markah akan mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti berikut:
takwim-pengisian-markah-saps-2019
TAFSIRAN DAN GRED PEMARKAHAN RASMI SEKOLAH RENDAH
Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah rendah untuk rujukan murid dan ibu bapa:
Julat Markah Gred Catatan
80-100 A Cemerlang
65-79 B Baik
50-64 C Memuaskan
40-49 D Mencapai Tahap Minimum
0-39 E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak Hadir
TAFSIRAN DAN GRED PEMARKAHAN RASMI SEKOLAH MENENGAH RENDAH
Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah menengah rendah untuk rujukan murid dan ibu bapa:
Julat Markah Gred Catatan
85-100 A Cemerlang
70-84 B Kepujian
60-69 C Baik
50-59 D Memuaskan
40-49 E Mencapai Tahap Minimum
0-39 F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH TH Tidak Hadir
TAFSIRAN DAN GRED PEMARKAHAN RASMI SEKOLAH MENENGAH ATAS
Berikut merupakan gred pemarkahan bagi pelajar sekolah menengah atas bagi rujukan pelajar dan ibu bapa:
Julat Markah Gred Catatan
90-100 A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 A Cemerlang Tinggi
70-79 A- Cemerlang
65-69 B+ Kepujian Tertinggi
60-64 B Kepujian Tinggi
55-59 C+ Kepujian Atas
50-54 C Kepujian
45-49 D Lulus Atas
40-44 E Lulus
0-39 G Gagal
TH TH Tidak Hadir
Sebarang maklumat terkini dan maklumat berkaitan yang tepat serta pengumuman penting, sila layari Portal Utama SAPS, klik pada pautan di bawah
Klik-Link https://sapsnkra.moe.gov.my
Close