Menu Bola

Senarai Siaran TV Dan Radio Yang Ditawarkan Di MyTV/ myFreeview

20:18 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 12 Julai 2019 jam 08:20 PM oleh GC.editor

MyFreeview adalah siaran digital televisyen percuma yang memberikan perkhidmatan saluran televisyen (TV) dan radio popular tanpa dikenakan sebarang caj atau yuran langganan. Ianya merupakan salah sebuah projek nasional dengan objektif untuk menyediakan liputan siaran TV percuma yang lebih jelas. Dengan myFreeview, pengguna dapat menikmati siaran TV digital yang menyediakan 13 saluran percuma termasuk lima dalam definisi tinggi (HD).

Siaran ini boleh diakses dengan menggunakan TV baharu yang dilengkapi sistem integrasi digital (IDTV) ataupun dengan memasang dekoder MyTV ke TV lama. Spesifikasi model sesebuah TV akan menjelaskan sama ada TV tersebut sudah tersedia atau tidak yang boleh disemak melalui laman web rasmi TV ataupun manual pengguna TV berkenaan.

Bagi TV yang tidak dilengkapi IDTV, pengguna dikehendaki memasang dekoder MyTV sekiranya berada dalam kawasan liputan siaran MyTV yang boleh disemak secara online melalui laman rasmi MyTV. Sekiranya pengguna berada di luar kawasan liputan, pengguna perlu memasang set dekoder DTH. Kawasan liputan siaran MyTV yang dahulunya agak terhad, kini sudah meliputi 98 peratus dari jumlah kawasan di seluruh Malaysia setelah lebih 60 buah pencawang TV digital dibina sebagai alat pemancar.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang terpilih juga boleh mendapatkan alat dekoder DTT atau DTH secara percuma. Seramai 2 juta daripada 4.1 juta penerima BSH iaitu golongan senarai terbawah dalam senarai BSH layak menerima set dekoder percuma. Semakan kelayakan boleh dibuat secara online ataupun SMS dan set dekoder percuma akan dihantar menerusi Pos Malaysia.

Kepada yang tidak tersenarai sebagai penerima dekoder percuma, bolehlah mendapatkan Dekoder DVB-T2 dengan harga sekitar RM187 di kedai-kedai alat elektronik terpilih di seluruh negara. Secara alternatifnya, dekoder tersebut juga boleh dibeli secara online di lawan web Pensonic. Wakil penjual yang berkhidmat merupakan mereka yang terlatih dan sedia memberikan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan liputan siaran dan teknik pemasangan.

SENARAI SALURAN SIARAN TV DAN RADIO YANG DITAWARKAN DI MYFREEVIEW ATAU MYTV

Berikut dikongsikan senarai saluran TV dan Radio myFreeview atau MyTV seluruh Malaysia buat rujukan semua:

GC Icon
Saluran TV Radio MyTV
SENARAI SALURAN TV DAN RADIO MYTV
SALURAN TV
Saluran TVNombor Saluran
TV1 (HD)101
TV2 (HD)102
TV Okey110
RTM Sports HD111
RTM Bes HD123
TV3 (HD)103
CJ Wow Shop (Melayu)104
CJ Wow Shop (Cina)106
NTV7107
8TV108
TV9109
TV Al-Hijrah (HD)114
Bernama News Channel121
SALURAN RADIO
Saluran RadioNombor Saluran
Nasional FM701
Traxx FM702
Minnal FM703
Ai FM704
Klasik FM705
Asyik FM706
NotaSenarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat tambahan saluran di masa akan datang.
Info LainMAKLUMAT LANJUT
Klik LinkPusat Khidmat Pelanggan : 1300-80-6988
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi MYTV
Klik LinkLaman Facebook MYTV
Klik LinkFAQ (Soalan Lazim)