Permohonan Pendaftaran Rumah Selangorku Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Kerajaan kini dalam usaha meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat. Bagi mencapai sasaran ini, kerajaan negeri juga turut membantu dengan menyediakan inisiatif bagi memudahkan rakyat memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sendiri. Kita sedia maklum, nilai hartanah kini kian meningkat terutama sekali di kawasan bandar. Negeri Selangor antara kawasan terkesan dengan kenaikkan harga rumah hingga menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah sukar untuk memiliki rumah sendiri.

Oleh itu, kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan satu program Rumah Selangorku. Permohonan Rumah Selangorku telah dibuka secara atas talian/ online bagi mereka yang berminat dan berkelayakan untuk memohon. Permohonan online adalah melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Program ini telah dilancarkan sejajar dengan matlamat kerajaan negeri iaitu ‘Satu keluarga satu kediaman yang sempurna’. Untuk pengetahuan semua, program ini telah mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2014.

Terdapat 4 kategori Rumah Selangorku yang boleh dipohon oleh pemohon yang berminat iaitu rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah, rumah kos sederhana dan rumah mampu milik. Melalui program ini, harga seunit adalah tidak melebihi RM 250,000 termasuk cukai. Harga rumah pula adalah bergantung kepada keluasan, jenis, lokasi dan lain-lain kemudahan tambahan yang telah disediakan. Keluasan rumah untuk program Rumah Selangorku adalah diantara 700 kaki persegi hungga 1000 kaki persegi.

PERMOHONAN DAN PENDAFTARAN SERTA SEMAKAN STATUS RUMAH SELANGORKU ONLINE

Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan program Rumah Selangorku, cara membuat semakan, syarat-syarat kelayakan, dokumen yang diperlukan dan lain-lain maklumat yang diperlukan berkaitan program Rumah Selangorku:

GC Icon
permohonan rumah selangorku
CARA MEMBUATĀ PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU ONLINE
Terdapat empat jenis rumah yang boleh dipohon, rumah jenis B, C dan D serta permohonan kedai/industri mampu milik boleh didaftar secara online seperti dibawah:
No 1Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan
No 2Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan kemudian tekan butang masuk
No 3Untuk pengguna kali pertama sila tekan daftar baru dan isikan no kad pengenalan tanpa simbol “-“. Kemudian tekan butang semak
CARA MEMBUATĀ PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU SECARA MANUAL
Untuk rumah jenis A, pemohon perlu isi secara manual melali cara di bawah:
No 1Klik pautan di yang disediakan di bawah dan muat turun borang SPP 01

PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU MANUAL

No 2Lengkapkan borang tersebut dan hantar ke pejabat LPHS
CARA MEMBUATĀ SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
No 1Klik pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat semakan:

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU

No 2Sila masukkan no kad pengenalan kemudian tekan butang semak
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
TickPemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
TickPermohonan untuk rumah jenis A jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) mestilah tidak melebihi RM 3,000 sebulan manakala untuk permohonan jenis B, C dan D jumlah pendapatan isi rumah mestilah antara RM 3,001 hingga RM 10,000 sebulan
TickPemohon rumah jenis B, C dan D mestilah berpendapatan minimum RM 3,001 sebulan
TickPemohon atau pasangan pemohon tidak pernah memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor
TickJika pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000 sebulan pemohon boleh membuat permohonan rumah jenis B, C dan D tatapi jika pendapatan isi rumah melebihi RM 3,0001 sebulan pemohon tidak dibenarkan membuat permohonan rumah jenis A
TickHanya satu jenis rumah sahaja boleh dipohon
TickRumah yang dibeli hendaklah didiami dan bukan untuk disewa
TickPemohon yang telah mendaftar akan disenaraikan dalam senarai menunggu. Jika masih lagi dalam senarai menunggu selama 2 tahun, pemohon perlu membuat permohonan baru jika masih berminat
TickPermohonan pindah milik dibenarkan selepas 5 tahun dari perjanjian jual-beli dengan mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri
PENAMBAHAN SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN RUMAH SELANGORKU
TickSemua permohonan yang telah berdaftar sebelum 2008 dan masih belum ditawarkan rumah dan masih berminat perlu membuat permohonan baru
TickGaji minimum untuk permohonan Rumah Selangorku jenis B, C dan D adalah tidak melebihi RM 10,000
TickHanya satu sahaja permohonan dibenarkan sama ada jenis A, B, C dan D
TickJika pemohon telah menolak tawaran, nama pemohon dijadikan tidak aktif selama 2 tahun. Jika ingin membuat permohonan pemohon perlu membuat permohonan baru
TickBermula 1 Januari 2015, tempoh sah laku permohonan adalah 2 tahun. Setelah itu, jika tidak mendapat tawaran lagi nama anda akan dikeluarkan dari senarai menunggu tawaran dan perlu membuat permohonan baru
TickBermula 1 Januari 2015, semua permohonan untuk Rumah Selangorku jenis B, C dan D serta permohonan kedai/industri mampu milik hendaklah dibuat secara online
TickData permohonan tidak layak akan dikekalkan dalam sistem. Jika ada permohonan untuk mengemas kini status tidak layak, dokumen perlu disediakan oleh pemohon dan akan dinilai oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama
JENIS DAN SPESIFIKASI RUMAH SELANGORKU
JENIS RUMAH KELUASAN (KPS) HARGA (RM) PENDAPATAN
Rumah Selangorku Jenis A 700 42,000 < RM 3,000
Rumah Selangorku Jenis B 750 100,000 – 250,000* < RM 10,000
Rumah Selangorku Jenis C 800
900
18′ x 60′
100,000 – 250,000* < RM 10,000
Rumah Selangorku Jenis D 1,000
20′ x 60′
100,000 – 250,000* < RM 10,000
*Penetapan harga adalah tertakluk kepada kelulusan MMKN
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN RUMAH SELANGORKU
TickSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
TickSurat pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri bagi pemohon belum berkahwin
TickSalinan surat nikah/daftar perkahwinan/surat cerai/sijil kematian pasangan
TickLaporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS
TickSurat akuan sumpah daripada pesuruhjaya sumpah jika pasangan tidak bekerja
TickPenyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah jika bekerja sendiri
TickPenyata KWSP jika ada
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah, sila rujuk maklumat dibawah untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan:
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Tingkat 5, Podium Utara
Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam
Klik LinkFAQ Rumah Selangorku
Klik LinkLaman Facebook Rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
Close
Close