Menu Bola

Borang Permohonan Rumah PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin

22:38 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 6 February 2019 jam 10:38 PM oleh GC.editor

Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan satu inisiatif dari kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang tinggal di pedalaman yang miskin dan daif untuk membaiki rumah mereka. Kebanyakkan mereka sudah terlalu uzur dan tua, rumah yang didiami mereka dibina pada tahun 1960-an dahulu yang diperbuat daripada kayu dan ada yang tiada bekalan air dan elektrik. Program ini telah diilhamkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995 namun dilaksanakan sekarang.

Konsep yang diketengahkan melalui program ini adalah menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan pemohon memiliki rumah yang selamat dan selesa untuk mereka tinggal. Melalui PPRT ini juga kerajaan akan membantu mereka yang tidak mempunyai rumah sendiri tetapi mempunyai tanah. Pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain atau milik kerajaan juga boleh mendapat manfaat dengan membuat surat bertulis.

Bantuan PPRT ini mestilah berada di luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh kerajaan. Permohonan yang sudah lengkap akan dikemukakan kepada Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) untuk dipertimbangkan kemudian disahkan. Pelaksanaan akan dilaksanakan mengikut kewangan semasa. Namun kerajaan akan berusaha untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama golongan sasar yang telah digariskan.

BORANG PERMOHONAN PPRT – PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan PPRT untuk panduan pemohon. Turut dikongsikan adalah kumpulan sasar yang layak menerima bantuan PPRT dan lain-lain maklumat berkaitan:

GC Icon
Borang Permohonan Rumah PPRT Program Perumahan Rakyat Termiskin
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT TERMISKIN (PPRT)
Sila layari pautan di bawah untuk muat turun borang permohonan PPRT:

BORANG PERMOHONAN PPRT

No 1Lengkapkan borang permohonan selengkapnya bersama dokumen sokonga yang diperlukan
No 2Permohonan yang sudah lengkap hendaklah dihantar ke Focus Group Pembasmian Kemiskinan Daerah /Lembaga Kemajuan Wilayah(LKW)
No 3Bagi pemohon yang menyewa atau menumpang tanah milik orang lain mestilah mengisi borang kebenaran menggunakan tanah seperti pautan di bawah:
Klik LinkBorang Kebenaran Menggunakan Tanah Milik PPRT
KUMPULAN SASAR LAYAK MOHON PPRT
Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) namun keutamaan akan diberikan kepada kumpulan sasar:
No 1Warga emas (umur 65 tahun ke atas), uzur dan orang kurang upaya
No 2Ibu atau bapa tunggal yang ada tanggungan yang ramai
No 3Mangsa bencana alam seperti taufan, ribut, kebakaran dan banjir
SKOP BANTUAN PPRT
Kawasan liputan PPRT mestilah luar bandar atau kawasan yang telah diputuskan kerajaan. Skop bantuan adalah seperti berikut:
No 1Bina baru-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang uzur dan tidak selamat dan tidak sesuai untuk dibaiki
No 2Baik pulih-Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki rumah yang baik dan boleh dibaiki sahaja. Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk kerja-kerja membina/baik pulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain
KAEDAH PELAKSANAAN
No 1Pelantikan kontraktor kelas F/ G1 oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa
No 2Peraturan kewangan semasa
No 3Gotong-royong
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan berikut:
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Klik LinkLaman Facebook Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar