Permohonan Rumah PPR Program Perumahan Rakyat Online

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Program Perumahan Rakyat (PPR) merupakan satu program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mengurangkan masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan yang dihadapi rakyat terutama golongan B40. Pada era ini, rakyat dilihat sukar untuk memiliki rumah sendiri terutama di bandar-bandar besar disebabkan oleh harga rumah yang melebihi kemampuan mereka. Oleh itu, kerajaan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah mengambil langkah drastik dengan mewujudkan program PPR bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) adalah agensi pelaksana utama bagi projek-projek PPR di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki.

Semua rumah yang dibina di bawah kedua-dua program PPR Dimiliki dan PPR Disewa akan menggunakan spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005).

Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memenuhi keperluan tempat tinggal dengan mensasarkan kepada golongan berpendapatan rendah. Ia juga bertujuan untuk penempatan semula penduduk perumahan setinggan. Beberapa syarat perlu dipenuhi untuk membuat permohonan program PPR ini. Kemudian permohonan akan ditapis bagi memastikan bantuan diterima oleh golongan yang disasarkan.

Kepada mereka yang berpendapatan di bawah RM2500 sebulan anda digalakkan untuk menyertai program ini kerana ini merupakan bantuan daripada kerajaan bagi memastikan rakyat mempunyai rumah pada harga yang mampu milik. Dengan harga pasaran untuk sebuah rumah kini yang mencecah ratusan ribu ringgit program ini dapat membantu merialisasikan impian untuk memiliki rumah sendiri.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH PPR ONLINE (BORANG PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT)

Bagi memudahkan mereka yang berminat untuk membuat permohonan program PPR, kini permohonannya boleh dibuat secara online untuk hanya beberapa negeri di Malaysia serta menerusi Portal TEDUH. Untuk negeri yang tidak menawarkan permohonan secara online, permohonan hendaklah dibuat secara manual dengan menghadirikan diri ke pejabat Bahagian Perumahan negeri terlibat. Berikut dikongsikan cara membuat permohonan dan syarat membuat permohonan sebagai rujukan semua:

GC Icon
permohonan rumah ppr online
MAKLUMAT PERMOHONAN PROGRAM PPR ONLINE SETIAP NEGERI/ PAUTAN BORANG
Nota
Permohonan boleh dibuat dengan melayari pautan di atas. Pautan di atas merupakan laman sesawang rasmi pihak berkuasa tempatan mengikut negeri. Proses permohonan dan pengisian dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri/Lembaga Perumahan Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan
Perumahan PPR akan disewa dan juga dijual pada harga yang mampu milik. Untuk rumah PPR yang disewa akan disewakan pada kadar RM 124.00 sebulan dan akan disasarkan pada golongan yang berpendapatan rendah. Manakala rumah PPR yang dijual (dimiliki) akan dijual pada harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit. Namun buat masa ini rumah PPR (dimiliki) hanya dilaksanakan di Pahang
Prosedur permohonan, syarat kemasukan dan kaedah pemilihan adalah mengikut negeri masing-masing
PERMOHONAN PPR MELALUI PORTAL TEDUH
Portal TEDUH merupakan saluran portal informasi mengenai projek perumahan awam dan swasta di Malaysia. Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SRPN) pula adalah modul dalam portal TEDUH yang berfungsi sebagai platform untuk orang ramai mengemukakan permohonan perumahan yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN)

PERMOHONAN RUMAH PPT MELALUI PORTAL TEDUH

No 1Tekan pilihan daftar akaun
No 2Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. Tekan butang Daftar 
No 3Semak emel yang telah didaftarkan lalu klik pautan yang diberi bagi pengaktifan akaun pengguna 
No 4Masukkan tetapan kata laluan. Sila pastikan ruangan ‘Pengesahan Kata Laluan’ adalah sama dengan ruangan ruangan ‘Kata Laluan’. Tekan butang simpan
No 5Masukkan no kad pengenalan serta kata laluan yang telah dicipta sebelum ini
No 6Tekan butang Log Masuk
Nota
Setelah log masuk ke sistem SPRN, pilih skim perumahan yang berminat dan layak untuk dimohon lalu lengkapkan permohonan
Pastikan Dokumen Sokongan dimuatnaik dalam bentuk PDF sahaja dan saiz tidak lebih 3MB
Setelah selesai mengisi permohonan, pastikan tanda pengesahan maklumat permohonan serta tekan butang ‘Sah & Hantar’
Permohonan yang telah dihantar akan dipaparkan dan pemohon boleh mengemaskini dengan tekan butang ‘Kemaskini Permohonan’
PANDUAN LANJUT PENGGUNA
Klik LinkManual Pengaktifan Akaun SPRN
Klik Link Manual Pengguna SPRN
Klik Link Portal TEDUH KPKT
SYARAT PERMOHONAN PPR
No 1Warganegara Malaysia
No 2Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan
No 3Berumur 18 tahun ke atas
No 4Pemohon belum memiliki rumah
No 5Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
CIRI-CIRI RUMAH PROGRAM PPR
TickUntuk kawasan bandar besar rumah PPR merupakan rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
TickUntuk kawasan pinggir bandar rumah PPR merupakan rumah teres
TickBerkeluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi
TickDilengkapi 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
TickMempunyai kemudahan asas seperti Dewan Komuniti, Surau, Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan dan rumah sampah
PERTANYAAN
Sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi di alamat dan nombor telefon di bawah:
Pengarah
Bahagian Pembangunan Perumahan
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30, No.51, Persiaran Perdana,Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Tel: 03 – 8891 4356
Laman Web : Portal Rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kemneterian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Close