Menu Bola

Permohonan Rumah Perakku Rumah Mampu Milik Perak

20:03 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 3 December 2018 jam 08:12 PM oleh GC.editor

Berita baik buat semua penduduk negeri Perak khususnya yang masih belum memiliki sebarang rumah kediaman. Permohonan bagi program Rumah Perakku sudah dibuka dan boleh dilakukan dengan cara mengisi borang di atas talian. Rumah Perakku adalah satu inisiatif daripada kerajaan negeri Perak untuk membantu warga negeri Perak membeli rumah pertama mereka pada kadar atau harga yang mampu milik.

Agensi yang telah dilantik untuk bertanggungjawab menjalankan program ini adalah Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Perbadanan Kemanjuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama daripada sektor swasta. Rumah Perakku bakal menyediakan pelbagai jenis rumah terdiri daripada rumah kos rendah, kos sederhana dan juga rumah mampu milik

Harga yang ditawarkan bagi Rumah Perakku bermula daripada RM90, 000 ke bawah bagi rumah kos rendah manakala rumah kos sederhana berharga tidak lebih daripada RM150,000 serta rumah mampu milik di bawah RM250,000. Rumah-rumah ini bakal dibina di seluruh negeri seperti di Meru Raya, Tanjung Malim, Seri Iskandar, Manjung, Lenggong dan Gerik.

Kerajaan Negeri Perak telah menyahut seruan kerajaan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik bagi setiap negeri. Terkini Perak mensasarkan untuk membina 50,000 unit rumah dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah program Rumah Perakku. Ia selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk membina 1 juta unit rumah mampu milik untuk rakyat dalam tempoh 1o tahun akan datang.

PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERAKKU RUMAH MAMPU MILIK PERAK SECARA ONLINE

Bagi warga negeri Perak yang berkelayakan untuk memohon, anda boleh ikuti panduan yang disediakan di bawah bagi membuat permohonan Rumah Perakku. Berikut disertakan juga tarikh penting permohonan, syarat kelayakan untuk memohon serta senarai projek Rumah Perakku yang sedia untuk dipohon.

GC Icon
Rumah Mampu Milik Perak
TARIKH PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
Buka
Dibuka sepanjang tahun mengikut projek yang aktif
PRA-SYARAT PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
TickWarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
TickPemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak untuk memohon
TickPendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3, 000 sebulan (Rumah Kos Rendah berharga RM70,000 dan ke bawah)
TickPendapatan isi rumah tidak melebihi : RM3, 001 hingga RM7,000 sebulan (Rumah Kos Sederhana berharga RM70,0001 hingga RM140,000)
TickPendapatan terbuka : (Mampu Milik) RM140,0001 hingga RM250,000
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
Terdapat dua cara untuk membuat permohonan Rumah Perakku iaitu pengisian borang secara atas talian dan juga menghantar borang secara manual. Panduan bagi kedua-dua cara adalah seperti berikut:
No 1Secara atas talian (e-Pendaftaran)
Abjad ALayari pautan di yang disediakan di bawah untuk membuat permohonan

PERMOHONAN RUMAH PERAKKU (e-PENDAFTARAN)

Abjad BPilih kawasan pilihan daripada senarai projek yang aktif serta kategori yang ingin dipohon
Abjad CIsi semua maklumat pemohon sepenuhnya dengan tepat
Abjad DMuat naik dokumen-dokumen yang telah diimbas (scan) ke dalam sistem
Abjad EHantarkan Permohonan 
Untuk menyemak status semakan permohonan sila rujuk pautan di bawah:
Klik LinkSemakan Status Permohonan Rumah Perakku
No 2Penghantaran Borang Secara Manual
Abjad AMuat turun borang permohonan secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan di bawah:

PERMOHONAN RUMAH PERAKKU ONLINE

Abjad BSila pastikan borang tersebut diisi dengan sempurna untuk mengelakkan permohonan ditolak
Abjad CSila lampirkan salinan dokumen yang wajib disertakan seperti dinyatakan di bawah
Abjad DBorang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
Aras G Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Dokumen-Dokumen yang Wajib Disertakan
Kad Pengenalan (MyKad) terkini bagi pemohon dan pasangan (suami/isteri)
Sijil nikah / daftar perkahwinan 
Surat beranak / Sijil Kelahiran / Kad pengenalan (MyKid) anak-anak dan tanggungan lain
Surat CCRIS dan CTOS (sekiranya ada) 
Slip gaji terkini untuk 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan pasangan (suami/isteri)
Surat Pengesahan dan Perakuan Pendapatan Bulanan pemohon dan pasangan (suami/isteri) dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Penghulu / Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri)
Sekeping gambar terkini berwarna berukuran pasport  
NotaPemohon boleh mengimbas (scan) dokumen-dokumen ini untuk dimuatnaik di sistem e-pendaftaran
NotaPemohon yang layak akan dipanggil untuk temuduga
KATEGORI PERMOHONAN RUMAH PERAKKU
SewaPerumahan Perwira
Rumah Kos RendahRumah Kos Sederhana
Rumah Mampu MilikProgram Perumahan Rakyat
My Beautiful New Home
SENARAI PROJEK AKTIF RUMAH PERAKKU 
Terdapat pelbagai jenis Rumah Perakku dalm senarai projek yang aktif mengikut daerah yang boleh dilihat seperti di pautan di berikut:
Klik LinkSemakan Senarai Projek Terkini
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi LPHP di talian:
TickTel : 05-2095540 / 05 – 209 5054 / 05 – 2095053
TickFaks : 05 – 2530001
TickFacebook Rasmi Lembaga Perumahan & Hartanah Perak (LPHP)