Permohonan Online Rumah Mampu Milik Terengganu

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Rumah merupakan aset penting yang menjadi idaman setiap individu. Pada masa kini, harga barang keperluan semakin meningkat. Turut terkesan adalah harga rumah tidak kira rumah pangsapuri mahupun rumah teres harga rumah kini semestinya tidak sama dengan harga rumah yang dibeli 10 tahun dahulu. Untuk memiliki rumah anda perlu menyediakan ratusan ribu ringgit bagi mencapai matlamat untuk memiliki rumah sendiri. Kerajaan Malaysia telah menyediakan beberapa jenis pinjaman dengan bantuan kerajaan bagi meringankan beban rakyat untuk memiliki rumah.

Selain daripada bantuan kerajaan pusat, kerajaan negeri juga tidak ketinggalan untuk memberikan bantuan kepada rakyat negeri masing-masing dalam usaha memiliki rumah sendiri. Terbaru kerajaan negeri Terengganu telah mengumumkan berita gembira khusus untuk rakyat mereka. Permohonan Rumah Mampu Milik (RMM) Terengganu kini boleh dimohon secara atas talian/ online melalui Portal Rasmi e-Perumahan Terengganu.

Bagi mereka yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan terlebih dahulu bagi memudahkan urusan. Beberapa dokumen juga perlu disediakan dan disahkan bagi melengkapkan permohonan. Untuk memudahkan urusan permohonan, segala urusan dilakukan secara atas talian (online).

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU (E-PERUMAHAN SUK TERENGGANU)

Berikut dikongsikan panduan cara membuat permohonan online rumah mampu milik Negeri Terengganu merangkumi pautan borang, syarat kelayakan dan cara hubungi.

GC Icon
permohonan rumah mampu milik terengganu
CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU
Berikut merupakan pautan untuk membuat permohonan rumah mampu milik Terengganu serta panduan cara-cara membuat permohonan secara online:
Projek Pembangunan Rumah Mampu Milik Terengganu dibangunkan di kawasan-kawasan berikut :-
BesutDungunKemaman
Kuala TerengganuMarangHulu Terengganu
SetiuKuala Nerus

PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU ONLINE

No 1Pemohon perlu membuat akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Sila tekan butang sign up untuk membuka akaun baharu
No 2Cipta username dan kata laluan sendiri. Pastikan username yang digunakan belum didaftarkan oleh pemohon lain. Jika tidak berjaya sila cipta username yang lain
No 3Pengaktifan dilakukan secara automatikoleh sistem. Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan akaun mereka sila log in untuk buat permohonan dengan memasukkan username dan kata laluan yang telah didaftarkan
No 4Tekan pada menu permohonan saya untuk membuat permohonan. Pemohon akan diminta untuk mengisi maklumat anda
No 5Tekan butang hantar untuk menghantar permohonan
No 6Pemohon yang membuat permohonan dengan mengisi borang sila hubungi pihak SUK Terengganu untuk kemas kini maklumat
PANDUAN PERMOHONAN ONLINE RMMT
permohonan rmmt
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK TERENGGANU
TickPemohon atau pasangan merupakan anak Terengganu dan menetap di Terengganu
TickBerumur 21 tahun ke atas. Bagi pemohon yang berumur 50 tahun ke atas boleh juga membuat permohonan dengan syarat mempunyai penjamin daripada kalangan keluarga (anak atau adik beradik kandung)
TickSudah berkahwin. Individu bujang juga boleh memohon akan tetapi hanya 10% sahaja Rumah Mampu Milik Terengganu akan diperuntukan untuk individu bujang yang berpendapatan tidak melebihi RM 2500 sebulan
TickPemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
TickPemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah tanah daripada pihak kerajaan
TickJumlah pendapatan isi rumah pemohon dan pasangan tidak melebihi RM 3,500 sebulan
TickPenjawat awam bergred 1 hingga 22 sahaja layak membuat permohonan bagi pemohon dan pasangan 
TickPemohon yang berpoligami, bagi isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2500 sebulan
TickPemohon layak menerima RMMT sekali sahaja. Jika rumah yang dikurniakan dijual anda tidak boleh membuat permohonan kali kedua
PERTANYAAN
Sekiranya terdapat pertanyaan yang ingin diajukan, sila hubungi di alamat dan nombor telefon di bawah:
Pejabat Setiausaha Kerajaan (Bahagian Perumahan),
Tingkat Bawah No. 28 Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel: 09-6267 999 / 09-6317 999
Close