Permohonan Rumah Mampu Milik Johor RMMJ

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) merupakan inisiatif kerajaan negeri Johor dalam membantu mengurangkan beban rakyat negeri Johor khususnya dalam mencapai impian untuk memiliki rumah kediaman sendiri dengan harga mampu milik dan berpatutan.

Skim perumahan mampu milik ini telah dibangunkan berkonsepkan rumah kediaman dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air. RMMJ mengetengahkan ciri mesra keluarga dan selesa serta dijual dengan kadar harga yang mampu milik oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut laman sesawang rasmi Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) e-Rumah Johor, Bahagian Perumahan, tambahan sebanyak 40 ribu unit lagi RMMJ menjelang tahun 2022 menjadikan jumlah secara keseluruhan RMMJ yang sedang dan bakal dibina oleh SUKJ adalah sebanyak 100 ribu unit.

Ini adalah peluang keemasan bagi rakyat negeri Johor yang seharusnya tidak dilepaskan terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin, orang bujang yang baru bekerja, ataupun sesiapa yang telah menetap di Johor sekurang-kurangnya 5 tahun dan juga melepasi syarat kelayakan permohonan RMMJ seperti dinyatakan di bawah.

PERMOHONAN/ PENDAFTARAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR RMMJ SECARA ONLINE

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Rumah Mampu Milik Johor dan butiran lain termasuklah cara membuat pendaftaran, semakan status permohonan dan cara mendapatkan Baucar RM1,000 bagi permohonan yang lulus.

GC Icon
RMMJ
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
No 1Warganegara Malaysia, menetap di Johor selama 5 tahun dan berumur 18 tahun ke atas
No 2Berkahwin / Bujang layak memohon
No 3Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
No 4Hanya satu permohonan bagi pasangan suami isteri. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri ketika memohon
No 5Pemohon atau pasangan yang telah memiliki PKJ A, PKJ B, RKR, atau RKSR boleh memohon rumah kedua RMMJ
No 6Pemohon yang memiliki rumah kos sederhana / rumah mewah tidak layak memohon
No 7Hanya satu (1) pemilikan sahaja bagi kedai kos sederhana rendah di dalam negeri Johor
No 8Tempoh Sah Pendaftaran akaun RMMJ adalah dua (2) tahun dari tarikh pendaftaran. Hanya maklumat tertentu sahaja boleh dikemaskini menggunakan akaun pemohon
KATEGORI RUMAH
Terdapat tiga jenis Rumah Mampu Milik Johor RMMJ yang disediakan mengikut beberapa kriteria atau syarat kelayakan tertentu bagi memiliki salah satu daripada tiga jenis kategori rumah seperti berikut:
Rumah Komuniti Jenis A Rumah Komuniti Jenis B Rumah Mampu Milik Johor
Dan Kedai Kos Sederhana Rendah
Harga Rumah : RM 42,000.00Harga Rumah : RM 80,000.00Harga Rumah : RM 150,000.00 – RM 220,000.00
Had Maksimum Pendapatan : RM 3,000.00Had Maksimum Pendapatan : RM 5,000.00Had Maksimum Pendapatan : RM 8,000.00
LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
LANGKAH 1
Individu atau pemohon yang belum mempunyai akaun hendaklah mendaftar akaun baru. Pendaftaran boleh dibuat di pautan di bawah:

APLIKASI PENDAFTARAN PERMOHONAN RMMJ

LANGKAH 2
Log masuk ke Akaun SUKJ dan kemaskini akaun dengan memberi maklumat diri yang tepat dan betul.
LANGKAH 3
Pilih mukim dan kategori rumah atau projek dan hantarkan permohonan
LANGKAH 4
Pemohon perlu membuat serahan dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Hanya pemohon yang layak akan dipanggil untuk proses pengundian
NotaKepentingan Dokumen Sokongan 
Dokumen sokongan dan Surat Akuan Sumpah perlu dihantar ke pejabat SUKJ Bahagian Perumahan Iskandar Puteri sahaja. Surat Akuan Sumpah perlu di cop di mana-mana pesuruhjaya sumpah yang bertauliah ataupun mahkamah. 
Dokumen sokongan dan Surat Akuan Sumpah hendaklah dihantar sendiri ke kaunter dan kiriman melalui Pos tidak akan diterima.
Sekiranya pemohon gagal menghantar dokumen dalam tempoh pengiklanan projek, permohonan tersebut dikira gagal. 
PROSES PERMOHONAN RMMJ
proses permohonan rmmj
‘Right Click’ pada Gambar untuk paparan yang lebih jelas
BAUCAR RM1,000 RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
Berita baik buat mereka yang kesempitan dari segi kewangan, SUKJ amat memahami keadaan ekonomi dan tekanan kos sara hidup yang tinggi sekarang, sekaligus melihat masalah pemilikan rumah sebagai satu isu signifikan buat penduduk atau rakyat Johor khususnya. Oleh itu, SUKJ, Bahagian Perumahan juga turut menawarkan pemberian baucar RM1,000 kepada pemohon yang berjaya bagi membantu meringankan beban dalam pembelian rumah.
Baucar bernilai RM1,000 ini boleh dituntut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Bahagian Perumahan sebaik sahaja pembeli mendapat atau mengambil kunci rumah yang sedia diduduki mulai 1 Januari 2015. Berikut disediakan pautan bagi mengisi borang permohonan Baucar RM1,000:

BORANG PERMOHONAN BAUCAR RM1,000

Syarat-syarat Kelayakan Penerimaan Baucar RM1,000
No 1Terbuka hanya untuk pembeli yang membeli rumah jenis Perumahan Komuniti Johor (PKJ) A, (PKJ) B, dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang layak menerima
No 2Baucar ini hanya layak diberi sekali sahaja sama ada kepada pembeli atau pasangannya.
No 3Terbuka kepada projek perumahan baru iaitu rumah baru yang dibeli daripada pemaju yang telah siap dibina dan boleh diduki mulai pada 1 Januari 2015
NotaPermohonan Baucar RM1.000 yang berjaya akan mengambil tempoh sebanyak 14 hari selepas penerimaan tuntutan yang lengkap untuk mendapatkan bayaran
SEMAKAN PERMOHONAN RMMJ
Sebaik selesai membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan RMMJ melalui laman sesawang SUKJ, Bahagian Perumahan atau klik pada pautan di bawah:

APPLIKASI SEMAKAN PERMOHONAN RMMJ

PERMOHONAN MENGGUNAKAN SISTEM LAMA VS SISTEM SP2MJ
Bagi pemohon yang telah mendaftarkan permohonan menggunakan sistem lama, pemohon boleh membuat semakan dan kemaskini di portal semakan seperti di pautan di atas dengan memasukkan no. kad pengenalan pemohon di ruangan yang disediakan dan klik butang cari
SP2MJ adalah Sistem Rerumahan Rakyat Johor yang telah dinaiktaraf pafa 1 Ogos 2018. Berbeza dengan sistem terdahulu, permohonan melalui sistem SP2MJ ini adalah mengikut projek dan permohonan boleh dilakukan sebanyak (3) kali mengikut projek dalam satu tempoh masa pengiklanan. 
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Rumah Mampu Milik Johor atau RMMJ, sila kunjungi kaunter di beberapa cawangan seperti senarai yang disediakan atau rujuk kepada butiran yang disediakan di bawah:
No 1Bahagian Perumahan Negeri Johor 
Alamat: Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan), Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Iskandar Puteri, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261 / 07-2666262
Waktu Operasi:
8.00am to 5.00pm (Ahad hingga Rabu )
8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu – Tutup
No 2Bahagian Perumahan (Cawangan Kluang)
d/a Pejabat Daerah Kluang
86000, Kluang, Johor
No 3Bahagian Perumahan (Cawangan Muar)
d/a Majlis Perbandaran Muar
84000, Muar, Johor
No 4Bahagian Perumahan (Cawangan Batu Pahat)
No 3, Aras Bawah, Blok A,
Rumah Pangsa Batu Pahat,
83000, Batu Pahat, Johor. 
No 5Bahagian Perumahan (Cawangan Tangkak)
Pejabat Daerah Tangkak
Jalan Dataran 2
84000, Tangkak, Johor.
No 6Bahagian Perumahan (Cawangan Segamat)
No 1G, Rumah Pangsa Segamat,
Jalan Dato’ Wan Idris,
85000, Segamat, Johor.
Info LainInfo Lanjut
Klik LinkPortal Rasmi SUKJ, Bahagian Perumahan
Klik LinkFacebook Rasmi SUKJ, Bahagian Perumahan
Klik LinkManual Pengguna RMMJ
Klik LinkSoalan Lazim (FAQ) RMMJ
Close