Menu Bola

Tarikh keputusan UPKK 2018 keluar bulan Disember 2018

23:36 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 18 October 2018 jam 11:19 AM oleh GC.editor

Semua calon-calon (murid) yang telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan penuh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2018 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember 2018.

Sebagai makluman, bermula tahun 2018 pengumuman keputusan UPKK akan dibuat dalam tahun semasa serta semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian (online).

Pelaksanaan peperiksaan UPKK diadakan kepada murid yang terbabit adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan murid dalam bidang bacaan, selain hafazan Al-Quran, tahap pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Amali Solat serta Penghayatan Cara Hidup Islam.

Murid-murid juga dinilai tahap pengetahuan dan kefahaman dalam Ilmu Fardu Ain dan Pengetahuan Islam serta kemahiran membaca dan menulis Jawi.

Mengenai peperiksaan UPKK, ianya merangkumi ujian dalam lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, al-Quran, Ulum Syariah (Akidah/Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiah), Jawi dan Khat serta Lughah Al-Quran.

SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2018 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan UPKK iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan peperiksaan UPKK 2018 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing pada tarikh rasmi keputusan UPKK 2018 diumum keluar.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan UPKK 2018.

TARIKH KEPUTUSAN UPKK 2018 DIUMUMKAN
TarikhJam
Disember 2018
11:00 Pagi
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas pengumuman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pencapaian calon-calon dilaporkan dalam bentuk gred berdasarkan pertimbangan terhadap ketekalan (konsisten), ketepatan dan keadilan, yang ditafsirkan mengikut gred A (Cemerlang), B (Baik), C (Memuaskan) dan D (Lulus Tidak Mencapai Tahap Minimum).
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2018 SECARA ONLINE
Semakan keputusan UPKK secara dalam talian (online) adalah melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkSemakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Sesi Akademik 2018
InfoSemakan keputusan UPKK 2018 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No MYKID atau No PengenalanKhas dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN UPKK 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan UPKK 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: UPKK (jarak) No MYKID dan hantar SMS ke 15888
Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888