Menu Bola

Tarikh keputusan keseluruhan STPM 2018 keluar bulan Mac 2019

21:24 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 1 March 2019 jam 03:11 PM oleh GC.editor

Calon sekolah dan calon persendirian individu yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2018 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STPM 2018 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mac 2019.

Setiap tahun, keputusan STPM akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Februari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza.

Bagaimanapun, Gcarian dimaklumkan bahawa bagi keputusan keseluruhan STPM tahun 2018 ianya akan diumumkan keluar pada bulan Mac 2019.

SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan keseluruhan STPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2018 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM dahulu.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta bagi mengetahui dan mendapatkan keputusan keseluruhan STPM tahun 2018 masing-masing.

TARIKH KEPUTUSAN STPM 2018 DIUMUMKAN
TarikhJam
11 Mac 2019
12:00 tengah hari
Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan selepas pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 SECARA ONLINE
Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkSemakan Keputusan Keseluruhan Peperiksaan SPM 2018 – MPM
Sebagai makluman, Sistem aplikasi MPM bagi semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018 SECARA SMS
Semakan keputusan keseluruhan STPM 2018 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: STPM (jarak) RESULT (jarak) No Kad Pengenalan Hantar Ke 15888
Contoh : STPM RESULT 970224132165 Dan SMS Ke 15888
keputusan stpm 2018 sms
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN KESELURUHAN STPM 2018
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 12 tengah hari pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM.