Tarikh Keputusan STAM 2023 keluar bulan Mac 2024

Calon sekolah dan calon persendirian yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STAM 2023 masing-masing pada 26 Mac 2024

Setiap tahun, keputusan STAM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Januari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan STAM akan diumumkan lewat disebabkan pandemik COVID-19

Semakan Keputusan STAM 2023 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STAM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STAM 2023 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala keputusan membabitkan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat calon-calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan berkenaan

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta bagi mengetahui dan mendapatkan keputusan STAM tahun 2023 masing-masing.

Tarikh Keputusan STAM 2023 Diumumkan

Tarikh : 26 Mac 2024 (Selasa)

Waktu : 10.00 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Cara Semakan Keputusan STAM 2023 Secara Online

Semakan keputusan STAM 2023 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah

Link 1 

Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan STAM 2023 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi nanti.

Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.

Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online memaparkan keputsuan penuh manakala semakan melalui SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Cara Semakan Keputusan Kesuluruhan STAM 2023 Secara SMS

Semakan keputusan STAM 2023 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

Taip: STAM (jarak) NO KAD PENGENALAN (jarak) ANGKA GILIRAN Hantar Ke 15888

Contoh : STAM 001305032365 DA082K016 Dan SMS Ke 15888

Perkhidmatan semakan secara SMS akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, 26 Mac 2024 sehingga jam 600 petang, 1 April 2024

Bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, pihak Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.