Tarikh keputusan STAM 2019 keluar bulan Januari 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Calon sekolah dan calon persendirian yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STAM 2019 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Januari 2020.

Setiap tahun, keputusan STAM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Januari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan STAM akan diumumkan keluar pada bulan Januari.

SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan STAM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STAM 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala keputusan membabitkan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat calon-calon mendaftar bagi menduduki peperiksaan berkenaan

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta bagi mengetahui dan mendapatkan keputusan STAM tahun 2019 masing-masing.

GC-Icon
Tarikh-keputusan-STAM-2018-keluar-bulan-Januari-2019
TARIKH KEPUTUSAN STAM 2019 DIUMUMKAN
Tarikh Jam
Dalam-Proses
Dalam-Proses
Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN STAM 2019 SECARA ONLINE
Semakan keputusan STAM 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik-Link Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2019 – Online
Sebagai makluman, Sistem aplikasi bagi semakan keputusan STAM 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN KESELURUHAN STAM 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan STAM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: STAM (jarak) ANGKA GILIRAN Hantar Ke 15888
Contoh : STAM DA082K016 Dan SMS Ke 15888
Perkhidmatan semakan secara SMS akan diaktifkan bermula jam 1000 pagi, 17 Januari 2019 sehingga jam 600 petang, (akan dikemaskini)
semakan-sms-result-stam
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN STAM 2019
Calon Sekolah Calon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STAM.
Close