Tarikh keputusan SPMU 2019 SPM Ulangan keluar bulan Ogos 2019

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Semua calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan (SPMU) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPMU masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Ogos atau September 2019. Untuk pengetahuan, SPMU merupakan peluang kedua kepada pelajar yang pernah gagal SPM pertama kali. Pihak KPM memberi peluang kedua kerana SPM merupakan syarat minimum untuk diterima masuk ke alam pekerjaan di Malaysia selain dari syarat minimum kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTS) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kebiasaannya keputusan SPMU akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Ogos atau September pada setiap tahun. Hal ini bergantung kepada pengumuman rasmi kerana tarikh sebenar adalah berbeza bagi setiap tahun.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPMU iaitu secara SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan keputusan peperiksaan SPMU 2019 bagi calon yang terbabit akan dimaklumkan melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan SPMU 2019.

TARIKH KEPUTUSAN SPMU 2019 DIUMUMKAN
Tarikh Buka Jam
28 Ogos 2019
10.00 pagi
Tarikh Tutup Jam
3 September 2019
6.00 petang
Tarikh yang tepat (rasmi) dinyatakan selepas pengumuman daripada Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM).
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2019 SECARA ONLINE
Perkhidmatan sistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM Ulangan (SPMU) 2019 secara dalam talian (online) ada disediakan. Calon-calon boleh membuat semakan di pautan URL berikut
Klik-Link Sistem Semakan Keputusan Peperiksaan LPKPM (SPPAT)
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan SPMU 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: SPMU (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: SPMU 990527035321 WY008A040 sms ke 15888
PERNYATAAN KEPUTUSAN SPM 2019
Info
Calon yang terbabit akan dimaklumkan mengenai keputusan tersebut melalui pos atau calon-calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing dengan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Close