Menu Bola

Tarikh keputusan SPM 2019 keluar bulan Mac 2020

17:23 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 23 September 2019 jam 01:07 PM oleh GC.editor

Semua calon-calon (pelajar) yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan SPM 2019 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Mac 2020.

Setiap tahun, keputusan SPM akan diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Mac, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan SPM akan diumumkan keluar pada bulan Mac.

SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE DAN SMS PADA TARIKH RASMI

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan SPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan peperiksaan SPM 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM dahulu.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan SPM 2019.

GC Icon
Tarikh keputusan SPM 2018 keluar bulan Mac 2019
TARIKH KEPUTUSAN SPM 2019 DIUMUMKAN
TarikhJam
Dalam Proses
Dalam Proses
Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA ONLINE
Semakan keputusan SPM 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.
Klik LinkSemakan keputusan Peperiksaan SPM 2019 – Online
InfoSistem aplikasi bagi semakan keputusan SPM 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.
Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.
Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2019 SECARA SMS
Semakan keputusan SPM 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.
Taip: SPM (jarak) NoKP (jarak) ANGKA GILIRAN dan SMS ke 15888
Contoh: SPM 990527035321 WY008A040 sms ke 15888
Perkhidmatan SMS diaktifkan bermula dari jam 1000 pagi, (akan dikemaskini) sehingga jam 600 petang, (akan dikemaskini)
PERNYATAAN PENUH KEPUTUSAN SPM 2019
Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar SPM.
KENYATAAN MEDIA KPM TARIKH RASMI SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2018
kenyataan media keputusan spm 2018
Info LainINFO BERKAITAN
Klik LinkPermohonan PISMP Di IPG (Calon Guru)
Klik LinkPermohonan UPU Online | Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti
Klik LinkSemakan Keputusan Tawaran Tingkatan 6 KPM